SKUAD badminton campuran
berpasukan negara mencatat kemenangan mudah 5-0 ke atas Barbados pada Sukan
Komanwel Glasgow di Emirates Arena.
Kemenangan itu dihasilkan
menerusi Chong Wei Feng yang menewaskan Dakeil Thrope 21-6, 21-7, Tee Jing Yi
mengatasi Mariama Eastmond 21-8, 21-3. Pasangan Goh V Sham-Tan Wee Kiong pula
menang 21-6, 21-8 ke atas Thrope-Padmore. Pasangan beregu wanita Woon Khe
Wei-Vivian Kah kemudian menewaskan Mariama-Shari 211-8, 21-7 dan beregu
campuran Chan Peng Soon-Lai Pei Jing 21-11, 21-6.
Malaysia akan berdepan Sri
Lanka.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/07/24
No comments:
Post a Comment