Ad

Saturday, 26 July 2014

Hanya 0.25 mata pisahkan emas

 
GIMNAS negara, Wong Poh San (kanan) meraikan gangsa yang dimenangi dalam acara gelung bersama pemenang emas, Patricia Bezzoubenko (tengah) dari Kanada dan Francesca Jones dari Wales di Glasgow, semalam. - THE STAR
KUALA LUMPUR - Wong Poh San hanya dipisahkan 0.25 mata daripada menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel XX, namun perak yang dirangkul dalam acara gimrama aparatus riben semalam tetap memberi keceriaan kepada kem Malaysia.

Malah, beberapa minit sebelum itu, Poh San, 17, turut merangkul pingat peribadi ketiganya di Glasgow de­ngan menyumbangkan gangsa dalam acara gelung, iaitu dua hari selepas membantu Malaysia meraih gangsa berpasukan.

Turun dengan misi menebus kehampaan terlepas pingat all-around menerusi kekalahan tipis, Poh San tidak mengecewakan apabila mempamer aksi cemerlang di SEE Hydro dengan catatan 14.250 mata.

Atlet dari Johor itu hanya dipisahkan 0.25 mata di belakang pemenang pingat emas, Francesca Jones dari Wales, manakala peserta pilihan yang juga pemenang lima pingat emas, Patricia Bezzoubenko dari Kanada sekadar meraih gangsa menerusi 13.800 mata.

Poh San menjadi pilihan untuk memenangi emas riben selepas melakukan catatan tertinggi dalam individu all-around kelmarin, namun berjaya menewaskan Bezzoubenko tetap memberi keceriaan kepadanya.

"Saya sudah cuba yang terbaik tetapi ia masih tidak mencukupi. Beezoubenko adalah gimnas kelas dunia.. saya tahu, suatu hari nanti saya pasti akan dapat menewaskannya jika terus bekerja keras," kata Poh San, yang kini mengalihkan tumpuan kepada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.

Sementara itu, Nur Suryani Mohamed Taibi menghadiahkan gangsa buat Malaysia dalam acara 10m air rifle individu wanita. Emas milik Apurvi Chandela dari India, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Ayonika Paul.
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140727/su_01/Hanya-025-mata-pisahkan-emas#ixzz38cJplCyf © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment