Ad

Wednesday 23 July 2014

Van Persie pilihan kapten


22 Julai 2014
Van Persie
 Van Persie Van Persie
PENYERANG Belanda, Robin Van Persie dilihat sebagai calon utama bagi menggalas tanggungjawab selaku kapten Manchester United untuk musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan bermula tidak lama lagi.

Sebelum ini, nama Wayne Rooney disebut-sebut sebagai pengganti Nemanja Vidic, namun kehadiran Louis Van Gaal sebagai pengurus baharu The Red Devils menjejaskan peluang Rooney untuk memakai lilitan ketua pasukan.

Bagaimanapun, Van Gaal berkata dia enggan terburu-buru untuk memilih kaptennya.

Namun, pengendali berusia 62 tahun itu diramal akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Van Persie, sepertimana yang dilakukannya ketika mengendalikan skuad kebangsaan Belanda.

Bekas kapten United, Bryan Robson percaya Van Gaal akan melantik Van Persie sebagai kapten baharu.

"Van Persie adalah ketua pasukan skuad kebangsaan Belanda dan itu adalah sesuatu yang jelas.

"Mereka pernah bekerjasama. Saya akan terkejut jika Van Gaal tidak melantik Van Persie," ujar Robson.

Selain menjadi kapten Belanda, Van Persie juga pernah menjadi kapten ketika menyarung jersi Arsenal.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 22.7.14

No comments:

Post a Comment