Ad

Tuesday, 29 July 2014

Rooney idam jadi kapten Red Devils

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Julai 2014
Rooney sedia pikul tugas kapten andai mendapat kepercayaan Van Gaal.
Rooney sedia pikul tugas kapten andai mendapat kepercayaan Van Gaal. Rooney sedia pikul tugas kapten andai mendapat kepercayaan Van Gaal.

WAYNE Rooney tanpa segan silu tidak menyembunyikan hasratnya untuk menjadi Kapten skuad Manchester United musim ini.

Luahan itu timbul kerana pasukan The Red Devils belum memiliki seorang skipper selepas kapten musim lalu, Nemanja Vidic berhijrah ke Inter Milan.

Kini, nama penyerang kebangsaan England itu disebut-sebut untuk mengetuai pasukan bersama Robin Van Persie.

"Tentu saja saya ingin menjadi kapten. Namun itu terserah pengurus (Louis van Gaal) siapa yang dia pilih. Saya fikir dia ingin bekerja dulu dengan pemain sedia ada sebelum membuat keputusan melantik ketua pasukan.

"Saya rasa Van Gaal tidak akan memilih secara tiba-tiba tapi saya yakin dia bakal memutuskan perkara itu dalam masa dua minggu akan datang," katanya.

SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE 27.7.14

No comments:

Post a Comment