Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my
AMRI (kanan) danAidil Zafuan
Abd. Radzak menjulang trofi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin
pada 26 Jun lalu.
BEKAS penyerang berbisa Johor,
Abbas Saad mahu Johor Darul Takzim (Johor DT) mengekalkan momentum kemenangan
dalam setiap perlawanan seandainya berhajat merangkul Piala Malaysia musim ini.
Setelah membawa pulang trofi
Liga Super ke bumi Johor, skuad Harimau Selatan kini akan turun dalam misi
menjuarai trofi tertua di Malaysia itu bermula 13 Ogos depan, sekali gus
menambah koleksi kejuaraan dalam kabinet mereka.
Dibarisi pemain import
berkualiti ditambah pula dengan pemain tempatan bertaraf bintang, Abbas optimis
peluang Johor DT untuk muncul juara amat cerah jika mereka mengekalkan
konsistensi sepanjang kempen tersebut.
"Saya rasa peluang Johor
DT untuk menang (Piala Malaysia) amat cerah kerana mereka sudah ada keyakinan.
Apa yang perlu mereka lakukan ialah mengekalkan prestasi terbaik setiap
perlawanan.
"Johor DT sebuah skuad
yang hebat dengan memiliki pemain import berkelas dunia. Jadi, pemain tempatan
perlu berusaha lebih keras untuk menyaingi mereka dan membantu pemain import
ini di atas padang.
"Kalau mereka mampu
melakukannya dengan konsisten, saya yakin mereka boleh menjadi juara Piala
Malaysia.
"Itulah prestasi yang
harus ditunjukkan di atas padang sepanjang kempen ini," jelas Abbas
menerusi laman web rasmi johorsouterntigers.com baru-baru ini.
Kejayaan Johor DT menjulang
trofi Liga Super musim ini banyak dibantu oleh kualiti dan permainan bertaraf
dunia dua ayam tambatan dari Argentina - Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra
Diaz yang menggantikan Pablo Aimar.
Namun, Abbas, 46, bekas pemain
Australia yang kini menjadi pengkritik bola sepak menganggap pemain tempatan
terutama Amri Yahyah juga banyak membantu jentera serangan Harimau Selatan.
"Bagi saya, Amri Yahya
adalah pemain tempatan terbaik di Malaysia, namun Luciano pula adalah yang
terhebat dalam kalangan 19 pemain import di liga ini.
"Pemain baharu, Jorge
Pereyra Diaz juga sangat menakjubkan, dia banyak memberi masalah kepada benteng
pertahanan lawan, penggerak utama di padang dan memiliki penyudah yang tajam.
"Pemain berkualiti seperti
inilah yang harus Johor DT bawa pada masa hadapan, malah pasukan lain juga
patut melabur kepada pemain sepertinya.
"Saya teruja menyaksikan
pasukan Johor DT beraksi terutama jika Jorge berada di atas padang,"
tambah Abbas yang beraksi dengan pasukan Johor pada 1991 hingga 1992.
KOSMO ONLINE 20.7.14
No comments:
Post a Comment