Jokowi menang dengan 53.15%
undi
23 Julai 2014
Jokowi Jokowi
JAKARTA - INDONESIA. Joko
Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi secara rasmi dipilih presiden ketujuh
Indonesia selepas Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengesahkan kemenangan
beliau menerusi 53.15 peratus undi.
Jokowi menerima 70,633,576
undi, iaitu lebih lapan juta undi berbanding saingannya Prabowo Subianto yang
menerima 62,262,844 undi atau 46.85 peratus.
Menurut penganalisis, jurang
sebanyak 6.3 peratus akan menyukarkan Prabowo untuk mempertikaikan keputusan
tersebut di Mahkamah Perlembagaan.
Difahamkan, Jokowi akan
mengangkat sumpah sebelum 20 Oktober depan.
Sementara itu, calon presiden,
Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa menarik diri pada saat akhir
sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Prabowo menjelaskan keputusan
itu dibuat selepas mereka mendakwa terdapat penyelewengan yang besar, terancang
dan sistematik dalam proses pilihan raya presiden kali ini.
Pihak berkuasa turut
mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar Jakarta menjelang pengumuman rasmi
pilihan raya terbabit dan seramai 32,000 anggota kini diletakkan dalam keadaan
berjaga-jaga.- Jakarta Post
SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE 23.7.14
No comments:
Post a Comment