Kuala Lumpur: “Apa, dia lagi?
Mungkin itu antara ungkapan peminat bola sepak tempatan yang kurang senang
apabila nama penyerang Mohd Safee Sali (gambar) masih mendapat tempat dalam
skuad kebangsaan kendalian ketua jurulatih baru Dollah Salleh.
Bagi segelintir peminat, mereka
menganggap penyerang berusia 30 tahun itu tidak layak berada dalam senarai 23
pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menentang
Tajikistan untuk aksi persahabatan pada 8 Ogos ini.
Sentimen peminat itu pastinya
didorong rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi Safee pada aksi terakhir
antarabangsa Harimau Malaya menentang Filipina, April lalu yang menyaksikannya
gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kemenangan lewat permainan ketika
seri 0-0.Malah mereka juga
mempertikaikan keputusan Dollah memanggil pemain yang kurang mendapat tempat
dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim itu.Namun bagi Safee yang sudah
lama menyumbang keringat bersama skuad kebangsaan tidak ‘terusik’ dengan
kritikan itu kerana baginya, dia sudah tidak perlu membuktikan apa-apa kepada
peminat.“Saya sudah cukup membuktikan
kepada orang (peminat). Saya pernah membantu kejayaan pasukan sebelum ini dan
setiap kali saya dipanggil menyertai skuad kebangsaan saya akan berikan yang
terbaik.
“Saya tak kisah orang nak cakap
apa kerana bagi saya, jurulatih lebih mengetahui,” katanya yang meraih Kasut
Emas selaku penjaring terbanyak dengan ledakan lima gol ketika membantu
Malaysia menjuarai Piala AFF buat kali pertama pada 2010.Katanya selepas lama skuad
kebangsaan tidak berkumpul, dia tidak sabar untuk menyertai latihan apatah lagi
dapat bekerjasama semula dengan Dollah, bekas jurulatih ketika beraksi dengan
Selangor pada 2006-2008.
“Saya rasa tak sabar mahu kembali
semula sebab rasa rugi apabila sudah lama skuad kebangsaan tidak mengadakan
latihan selepas menentang Filipina.“Saya pernah bersama Dollah
ketika mewakili Selangor dan berterima kasih kepadanya kerana masih memberi
kepercayaan ini,” kata Safee.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : 2014/07/26
No comments:
Post a Comment