Ad

Wednesday, 23 July 2014

Daren sahut cabaran Rashid

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Julai 2014
Daren sudah sedia mental dan fizikal menjelang aksi Sukan Komanwel pada minggu ini.
Daren sudah sedia mental dan fizikal menjelang aksi Sukan Komanwel pada minggu ini. Daren sudah sedia mental dan fizikal menjelang aksi Sukan Komanwel pada minggu ini.

PEMAIN perseorangan negara, Liew Daren sedia menyahut cabaran Rashid Sidek dengan tidak mempunyai rasa gentar terhadap tentangan yang bakal diberikan lawan.

Katanya, sebagai pemain kebangsaan, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab itu serta mahu membuktikan keupayaan meraih kilauan emas pada kejohanan itu.

"Saya akan berusaha dengan  bersungguh-sungguh untuk mara sekurang-kurangnya ke final,

"Tanggungjawab ini akan saya pikul dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan yang diletakkan di bahu saya," katanya.

Mengulas mengenai persediaan untuk aksi Sukan Komanwel, Daren berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk beraksi dalam temasya itu selain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya harap dengan pemilihan ini, saya dapat meraih keputusan yang positif untuk Malaysia nanti.

“Saya juga berharap kami semua yang akan beraksi nanti dapat bermain sebagai satu pasukan. Selaku pemain perseorangan saya mahu menang dalam acara perseorangan dan kategori berpasukan campuran," katanya.

Turut beraksi pada temasya itu ialah Goh V Shem-Tan Wee Kiong sebagai pemain beregu lelaki, Chan Peng Soon-Lai Pei Jing (beregu campuran), Woon Khe Wei-Vivian Hoo (beregu wanita), Tee Jing Yi (perseorangan wanita) dan Lim Yin Loo (beregu wanita).

Pada Sukan Komanwel 2010, skuad badminton negara meraih empat pingat emas menerusi Chong Wei (perseorangan lelaki), Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu lelaki) Kien Keat-Chin Eei Hui (beregu campuran) dan kategori berpasukan campuran.

SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE 20.7.14

No comments:

Post a Comment