Ad

Friday, 18 July 2014

Pondok kecil Kamal

 
KAMAL tidak tahu berapa lama akan menetap di rumah usang ini.

SYAWAL yang bakal menjelma tidak lama lagi, tidak membawa sebarang erti buat Kamal Abdul Rahman, 54, apabila mengenangkan nasibnya yang tidak mempunyai rumah sempurna seperti orang lain.

Kediamannya di Kampung Sri Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur hanyalah pondok buruk yang hampir menyembah bumi. Jika dilihat dari luar, pasti ramai yang tidak menyangka struktur binaan yang atapnya dipenuhi tumbuhan menjalar itu didiami oleh manusia.

Dengan saiz tiga meter lebar dan 3.6 meter panjang serta bumbung rendah yang hampir mengenai kepala, itulah kediaman Kamal sejak 20 tahun lalu selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Batu Pasir, Sentul kerana ingin hidup berdikari.

Kamal yang masih bujang dan mengalami masalah pendengaran merupakan antara contoh masalah kemiskinan di kawasan bandar yang terpaksa menjalani kehidupan yang memeritkan.

Pada usia mudanya, Kamal melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup namun dengan sisa kudrat yang ada sekarang, dia hanya mampu melakukan kerja-kerja ringan seperti menjahit dengan pendapatan kurang RM20 sehari.

Ditanya mengenai kehidupannya di pondok yang tiada bekalan elektrik dan air itu, Kamal berkata, dia sudah terbiasa malah menyifatkan dirinya lebih beruntung berbanding gelandangan yang tidur di kaki lima.

Jelasnya, untuk mandi dan menyucikan diri, dia mengambil air atau menggunakan kemudahan di sebuah surau yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya manakala makanan dibeli dari gerai-gerai berdekatan.

Tambah Kamal, dia tidak tahu berapa lama akan tinggal di atas tanah rizab Tenaga Nasional Berhad itu atau sehingga melelapkan mata buat selama-lamanya.

SUMBER-KOSMO ONLINE 19.7.14

No comments:

Post a Comment