MOSCOW 17 Julai - Pesawat
Malaysia Airlines MH17 yang membawa 295 penumpang beserta anak kapal yang
dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, dipercayai ditembak oleh
peluru berpandu.
Menurut laporan agensi-agensi
berita, pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala
Lumpur apabila nahas itu berlaku.
Penasihat Menteri Dalam Negeri
Ukraine, Anton Herashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat itu dipercayai
ditembak ketika terbang pada ketinggian 10,000 meter. di ruang udara negara
itu.
Malaysia Airlines dalam Twitter
mengesahkan kali terakhir pesawatnya MH17 dari Amsterdam itu dapat dikesan
ketika ia berada di ruang udara Ukraine. - Agensi
rujukan
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140718/lu_01/Pesawat-Malaysia-Airlines-dipercayai-ditembak-di-Ukraine#ixzz37kHNNBpR
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment