ARKIB : 27/07/2006
Oleh AMRAN MULUP
KUALA LUMPUR Tanpa tiga
pemain utama misi penting Selangor untuk mengutip kemenangan dengan jaringan
besar apabila bertemu Sabah pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Bola
Sepak Kuala Lumpur, Sabtu ini tampak pincang.
K. Sanbagaraman, Muhamad Shukor
Adan dan P. Gunalan tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama kerana
masing-masing mengutip kad kuning kedua.
Tanpa tiga tonggak tersebut,
jurulatih Dollah Salleh membayangkan laluan sukar buat Selangor untuk mencari
kemenangan dengan lima jaringan gol sambil mengharapkan sama ada Terengganu
atau NS Naza tewas dalam perlawanan terakhir.
Selangor kini menduduki tangga
ketiga dengan tujuh mata di belakang Terengganu (9) dan NS Naza (10).
Selangor perlu menewaskan Sabah
dengan kelebihan lima jaringan sambil mengharapkan salah satu pasukan sama ada
NS Naza atau Terengganu tewas dalam perlawanan terakhir.
Sukar untuk saya ramalkan
peluang Selangor untuk ke suku akhir. Apa yang penting kita mesti menewaskan
Sabah dengan kelebihan lima jaringan.
Sambil itu kita mengharapkan
sama ada NS Naza atau Terengganu akan tewas, jika ini seperti yang diramalkan
peluang Selangor ke suku akhir adalah cerah, ujarnya ketika dihubungi
semalam.
Dollah akan mencatur strategi
paling mantap ekoran ketiadaan tiga tonggak utama itu.
Beliau membayangkan Nazzab
Hidzan dan Mohd. Amri Yahyah bakal mengemudi bahagian tengah mengisi kekosongan
yang ditinggalkan oleh Sanbagamaran dan Muhammad Shukor Adan.
Manakala seorang lagi pemain
akan saya tentukan kemudian mungkin sehari sebelum perlawanan sebenar Sabtu
ini, katanya.
Berdasarkan peningkatan dalam
tiga perlawanan sebelum ini Dollah tampak yakin buat Selangor menewaskan Sabah.
Memburu lima jaringan, kata
Dollah, walaupun ia tampak menyulitkan tetapi situasi itu tidak boleh
dijangkakan jika pemain menunjukkan kesungguhan di luar dugaan.
Saya mengharapkan gandingan
Perica Ognjenovic dan Bambang Pamungkas menemui sentuhan jaringan membolosi
gawasang Sabah, ujarnya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4lNW2kipV
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment