OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ciri-ciri masyarakat agraria di China.
SISTEM EKONOMI FEUDAL
Sistem ekonomi yang diamalkan di
China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk China
terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam.Kebanyakkan petani menyewa tanah
daripada tuan-tuan tanah yang kaya.
Tanaan utama masyarakat agraria di China
ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah ialah di lembah sungai
Yangtze dan Sungai Kuning.
PEMILIKAN TANAH PERTANIAN
Tanah adalah milik kerabat Diraja
atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki kerabat
Diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga Diraja telah
meningkat kepada 20 jota mu pada tahun 1522.
Ejelag zaman Cging, tanah pertanian
diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal ehwal Kerabat Diraja.Pada masa pemerintahan Jiaqing
jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta mu.[1]
PENGKHUSUSAN PENGELUARAN
PERTANIAN
Masyarakat agraria China
mengamlkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau
kawasan seperti tebu dikeluarkan di
daerah Kwangtung, Fukien dan Szechan. Teh dan daun mulberry untuk makanan ulat
sutera di Chekiang dan Selatan Kingsu. Kapas di Kiangsu dan daerah Utara.
Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian
diusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di
Manchuria.
Petempatan
Masyarakat agraria dalam tamadun
China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai Kuning dan Sungai Yang
Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk
menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani mendirikan
petempatan di lembah sungai tersebut.
Petani
yang menetap di kawasan lembah sungai terlibat dalam penanaman padi secara
meluas.Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang
terletak di bahagian Selatan China. Di samping itu masyarakat agraria
mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di Utara China.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di bahagian Utara China
ialah wilayah Anhui, Hupeh, Shansi dan Shensi.[2]
SISTEM CUKAI
Petani yang tidak memiliki tanah dengan
tuan-tuan iaitu golongan bangsawan dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan
tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani
membayar sewa tanah dengan dalam bentuk hasil pertanian.
Petani dikehendaki menyerahkan antara 50%-60%
daripada hasil pertanian yang diperolehi sebagai cukai. Petani juga dikehendaki
berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai
baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini
petani hanya dikehendaki membayar satu jenis sahaja iaitu dalam bentuk wang
perak.
SSTEM PENGAIRAN
Petani di China berkemahiran
dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan juga dibina
untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelak banjir. Terusan juga
digunakan untuk mengangkut hasil pertanian
ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng
bukit bagi penanaman padi.[3]
Bekalan air disalurkan ke kawasan
pertanian dari terusan dan kolam takungan air. Pam yang menggunakan tenaga
binatang ataupun manusia digunakan untuk mengepam air ke kawasan pertanian. Empangan
dibina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan
pertanian.
Selain itu, tambak juga dibina untuk
mengelak banjir memusnahkan kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan
oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan di
Sichuanmengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar.[4]
PENGKHUSUSAN PEGELUARAN BARAGAN
Masyarakat agraria China mengamal
pengkhususan barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di
daerah Kwangtung. . Fukien dan Szechwan. Teh dan mulberry untuk makanan ulat
sutera di Chekiang dan Selatan Kiangsu. Kapas ditanam di Kiangsu dan daerah
Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan
pakaian dusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di
Manchuria.[5]
PENINGKATAN TEKNOLOGI
Masyrakat agraria di China
mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.
Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk menigkatkan
pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur
benih dalam barisan yang lurus.
Selain tenggala kayu, mereka juga
mencipta peralatan lain seperti penyisir anah, penggiling dan kolar kuda.
Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut.
Mereka memperkenalkan kaedah baharu dalam pertanian seperti sistem penanaman
bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian. Pengenalan
kaedah baru telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.[6]
[1]“Masyarakat
Agraria”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal
1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)16.
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai
Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 Edisi Keriga,36
[3] “Masyarakat
Agraria”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal
1,17.
[4] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai
Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 Edisi Keriga (Shah Alam: Oxford
Fajar 2016),.22.
[5]“Masyarakat
Agraria”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal
1, ,18.
No comments:
Post a Comment