OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.a)Masyarakat Industri di
Jerman.
Definisi Masyarakat Indusri
Masyarakat industri merujuk
kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian. Masyarakat
industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin. Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan
bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
Kemunculan masyarakat industri di Jerman
berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian ahap kedua 1860-an -1914.
Pada era ini muncul industri baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam
ringan. Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio, kapal terbang dan
kain tiruan.[1]
[1]“Masyarakat
Industri”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),32
No comments:
Post a Comment