Ad

Thursday, 18 August 2016

Nazrin puas

Nazrin puas
 
NAZRIN (kanan) meraikan jaringan gol keempat bersama rakan sepasukan, kelmarin.
Rizar Mohd Noor-rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tiada apa yang mampu diluahkan sebaliknya pemain sayap kiri Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mohd Nazrin Nawi berterima kasih kepada Mario Gomez yang memberi kepercayaan kepadanya untuk tersenarai dalam kesebelasan utama.

Malah katanya, dua gol terhasil bagi memastikan kemenangan 4-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah kerjasama rakan sepasukan yang membentuk kombinasi mantap pada perlawanan itu.

“Syukur kerana dapat bantu Johor DT menang dan berterima kasih kepada jurulatih (Gomez) kerana memberi kepercayaan menurunkan saya.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini selepas kami berada dalam situasi getir kerana belum menang. Tiga mata ini penting untuk menghidupkan peluang ke suku akhir.

“Memang diakui permainan saya pada awal babak pertama agak tidak menjadi dan terpaksa bergelut menyesuaikan diri kerana sudah lama tidak beraksi, namun masalah itu dapat diatasi dengan bantuan rakan sepasukan yang sentiasa beri dorongan,” kata Nazrin.

Bagi Gomez pula, beliau mahu pemain tidak kira sama ada utama atau simpanan terus menunjukkan prestasi lebih cemerlang seandainya mahu tersenarai dalam skuad utama.

Beliau berkata, dalam skuad Johor DT tiada pemain pilihan, sebaliknya kesemuanya terbaik dan mereka harus ada kesungguhan dan keinginan untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Prinsip saya mudah, setiap pemain harus diberikan masa untuk berada dalam keadaan prestasi terbaik dan jika pemain tidak ambil peluang itu semestinya agak sukar untuk mereka diserapkan dalam skuad utama.

“Bagi saingan Piala Malaysia, peluang kini kembali terbuka dan aksi terakhir menentang PKNS pada 20 Ogos ini akan menjadi penentu dan kami cuba untuk layak ke suku akhir,” kata Gomez.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 11:49 AM



No comments:

Post a Comment