Pada hari ini dalam tahun 1970,
YAB Tun Abdul Razak Hussein telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang kedua
bagi menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra yang bersara dari arena politik.
Upacara pelantikan ini telah berlangsung di Istana Negara dalam satu majlis
ringkas di hadapan DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muazam Shah
dan Tunku Abdul Rahman Putra. Semasa menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri,
Tun Abdul Razak telah memperkenalkan beberapa dasar, seperti Dasar Ekonomi Baru
(DEB), iaitu satu strategi pembangunan
ekonomi bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia dari
segi pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Bagi memupuk perpaduan rakyat,
Tun Abdul Razak telah memesatkan lagi pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
dengan menambah bilangan sekolah dan institusi pengajian kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta menggubal Rukunegara.
Bagi memantapkan politik Malaysia, beliau telah mengembangkan gagasan dan
gabungan Parti Perikatan melalui gabungan dan kerjasama dengan lebih banyak
parti politik sehingga tertubuhnya Barisan Nasional pada 1 Januari 1973. Di
peringkat antarabangsa, beliau mengukuhkan lagi ASEAN dengan mengemukakan
gagasan ‘Rantau Aman, Bebas dan Berkecuali’ (ZOPFAN) dalam persidangan ASEAN di
Kuala Lumpur pada tahun 1971.
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment