24 Ogos 2016 12:20 AM
Ong Kim Swee
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ketua
jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengambil keputusan menangguhkan
pengumuman senarai nama pemain untuk menyertai kem latihan pusat kerana mahu
membuat penilaian terakhir pada perlawanan ke-19 Liga Super yang dijadualkan
berlangsung esok.
Kim Swee berkata, senarai
pemain tersebut sepatutnya diumumkan pada hari ini bagaimanapun menangguhkannya
kepada Khamis ini kerana perlu melakukan beberapa perubahan disebabkan
persaraan dan kecederaan pemain.
“Senarai awal seramai 45 pemain
dalam radar saya untuk dipanggil bagi kem latihan pusat skuad kebangsaan kali
ini sebenarnya sudah pun dikenalpasti.
“Namun saya terpaksa
menangguhkan pengumuman senarai pemain untuk dipanggil ini sehingga selepas
perlawanan Liga Super malam esok kerana terdapat satu atau dua posisi yang
belum dapat saya muktamadkan.
“Ini disebabkan saya perlu
melakukan beberapa perubahan di kalangan pemain selepas empat pemain
mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa manakala beberapa pemain lain
daripada senarai terdahulu mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan
di sini hari ini.
Panggilan skuad Harimau
Malaysia dibuat sebagai persiapan untuk menghadapi aksi persahabatan
antarabangsa kelas A dengan bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Solo pada 6
September ini.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-tangguh-umum-senarai-pemain-1.373972#sthash.poX0MVlo.dpuf
No comments:
Post a Comment