Pada hari ini 10.8.1957,
perlantikan gabenor Pulau Pinang dan Melaka yang pertama telah dimulakan.
Pengumuman perlantikan ini dibuat apabila persetujuan di perolehi di antara
DYMM Baginda Queen dan Raja-Raja Melayu selepas berunding dengan Ketua Menteri
Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Raja Sir Tun Uda bin Raja Mohamad telah
diumumkan sebagai Gabenor Pulau Pinang dan Tun Leong Yew Koh sebagai Gabenor
Melaka. Raja Sir Tun Uda yang dilahirkan dalam tahun 1894 adalah bekas penuntut
Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau mula berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan
Pentadbiran Malaya dalam bulan Oktober 1910. Semasa berkhidmat sebagai pegawai
pentadbir beliau berkesempatan melawat negara-negara Eropah, Jepun dan Cina.
Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Residen Inggeris Selangor. Kemudiannya
beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor dan Majlis
Mesyuarat Persekutuan hingga kemasukkan Jepun. Selepas pendudukan Jepun dalam
tahun 1946, beliau berkhidmat semula dengan kerajaan dan kemudiannya dilantik
sebagai Setiausaha Pertama Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan
Pesuruhjaya. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dalam bulan
Julai, 1949 apabila Datuk Hamzah bin Abdullah menarik diri. Raja Sir Tun Uda
telah meletak jawatan Menteri Besar apabila dilantik sebagai Pesuruhjaya
Persekutuan Tanah Melayu ke United Kingdom. Tidak lama kemudian beliau kembali
ke tanah air semula untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehingga tahun 1955.
Akhirnya beliau telah dilantik menjadi Speaker Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan. Tun Leong Yew Koh pula dilahirkan pada tahun 1888 dan telah
menuntut ilmu undang-undang di London. Sekembalinya ke Persekutuan Tanah Melayu
beliau telah menjadi seorang peguam di Ipoh, Perak. Dalam tahun 1949 beliau
telah dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan Ahli
Majlis Mesyuarat Negeri Perak. Beliau merupakan salah seorang pengasas MCA yang
ditubuhkan dalam tahun 1949 di mana beliau telah dilantik menjadi Setiausaha
Agungnya yang pertama. Selepas pilihanraya Persekutuan beliau telah dilantik
menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya dilantik
menjadi Menteri Kesihatan dan Menteri Kebajikan Masyarakat. Kedua-kedua gabenor
itu akan mula menyandang jawatan tersebut selama 2 tahun mulai dari Hari
Merdeka. Dengan perlantikan tersebut, Tun Leong Yew Koh akan meletakkan semua
jawatan yang dipegangnya samada di dalam badan-badan politik atau yang lainnya.
Raja Sir Tun Uda yang menjadi Speakar Majlis Undangan Persekutuan juga akan
turut berbuat demikian
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment