MD. AZRIN ROSLY | 20 Ogos 2016 7:30 PM
KUCHING 20 Ogos - Bekas Pemangku Yang Dipertua Negeri dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tan Sri Hamdan Sirat, 95, meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi.
Tan Sri Hamdan Sirat
Difahamkan jenazah Allahyarham kini berada di rumah kediamannya di No. 63 Demak Baru dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada pukul 11 pagi.
Allahyarham merupakan seorang anak tempatan yang pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak selepas pembentukan Malaysia iaitu antara tahun 1969 hingga 1978. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tan-sri-hamdan-meninggal-dunia-1.372816#sthash.NeKIuaHL.dpuf
No comments:
Post a Comment