Ad

Friday, 19 August 2016

Chong Wei, Lin Dan tumpuan dunia

Hamdan Saaid-ahamdan@hmetro.com.my
 
Rio de Janeiro: Pertembungan yang dinanti-nanti dunia badminton tahun ini hadir malam ini di Pavilion 4 Riocentro, Rio de Janeiro.

Datuk Lee Chong Wei bertarung lagi dengan seteru utamanya Lin Dan dari China.

Namun berbanding dua temasya lalu di Beijing 2008 dan London 2012, kedua-duanya kini memburu tiket ke final Sukan Olimpik bukannya beraksi pada perlawanan penentuan pingat emas.

Dua kali dikecewakan apabila sekadar membawa pulang pingat perak, Chong Wei, 33, kelihatan lebih bersedia untuk menebus kekalahan lalu pada penampilan Olimpik terakhirnya.

Dua aksi awal pada peringkat kumpulan bagaikan sesi pemanas badan buatnya dan dua hari lalu, dia tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen 21-9, 21-15 pada suku akhir.

Chong Wei kelihatan lebih tenang dan ceria berbanding dua temasya terakhir apatah lagi tekanannya semakin berkurang berikutan kejayaan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong layak ke final di Rio.

Cuma dia kelihatan kurang senang apabila sering diajukan soalan mengenai Lin Dan.

“Bagi saya, saya akan fokus terhadap permainan sendiri. Saya datang ke sini dengan satu tujuan dan ini Olimpik terakhir saya.

“Rugilah saya jika tidak membawa pulang pingat emas,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 10:31 AM

No comments:

Post a Comment