Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD.
HANAFIAH
BERNHARDT (dua dari kanan)
bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Bahrain, Marjan Eid (dua dari kiri)
selepas selesai sidang akhbar sempena perlawanan persahabatan antarabangsa
antara kedua-dua pasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Perlawanan tersebut
akan berlangsung di Stadium Shah Alam hari ini.
PERSIAPAN skuad Bawah 22 Tahun
(B-22) negara untuk menghadapi Sukan SEA 2017 nampaknya agak terjejas.
Mana tidaknya, masa untuk
mengumpul pemain tidak selancar yang dijangkakan kerana berdasarkan kalendar
yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad
negara hanya mempunyai dua aksi antarabangsa tahun depan yang sudah pastinya
tidak mencukupi untuk memberi pendedahan kepada skuad B-22 negara itu.
Keadaan tersebut ternyata memeningkan
jurulatihnya, Frank Bernhardt yang mempunyai masa yang agak terhad untuk
mengumpul pemain.
Beliau tidak boleh memanggil
pemain untuk berlatih sepanjang tahun kerana sebahagian besar anak didiknya itu
beraksi dengan pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia.
Bernhardt menjelaskan, beliau
hanya boleh mengumpul pemain jika ada aksi persahabatan antarabangsa
membabitkan skuad tersebut dan sekiranya FIFA telah menetapkan hanya dua aksi
antarabangsa, maka ia akan menyukarkannya untuk memanggil pemain menjalani
latihan.
Menurutnya, Sukan SEA 2017
dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos dan mereka memerlukan banyak aksi
antarabangsa untuk memberi pendedahan kepada skuad muda negara itu.
Jelasnya, kali terakhir skuad
negara berkumpul dalam satu pasukan adalah ketika aksi persahabatan di Jepun
(Jun lalu) sebelum mereka kembali menyertai pasukan negeri ma–sing-masing bagi
menghadapi saingan Liga Malaysia.
“Sekiranya kami hanya me–ngikut
jadual yang ditetapkan oleh FIFA, kita hanya ada dua perlawanan sahaja untuk
tahun depan. Sudah pasti dengan jadual tersebut tidak cukup untuk persiapan
skuad B-22 bagi menghadapi Sukan SEA nanti,” jelas Bernhardt semalam.
Bagaimanapun Bernhardt
memberitahu, kata sepakat mengenai perancangan buat skuad projek Sukan SEA itu
akan diketahui esok sekiranya persatuan negeri sudi memberi pelepasan kepada
para pemain yang terlibat dengan skuad B-22 ini.
“Setakat ini, masih belum ada
kata keputusan muktamad mengenai perancangan untuk skuad ini dan esok akan ada
mesyuarat antara FAM bersama persatuan negeri dan kelab. Jadi, kita tunggu apa
penyelesaian yang akan dicapai,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengendali dari
Jerman itu turut berharap agar anak-anak buahnya mempamerkan aksi terbaik pada
perlawanan persahabatan menentang Bahrain hari ini, sekali gus mempergunakan
sepenuhnya peluang tersebut untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Jelasnya, ketika ini, sepuluh
pemain skuad berkenaan baru sahaja menamatkan aksi dalam saingan Piala Malaysia
dan kini sudah kembali bersama pasukan.
“Sepuluh pemain baharu
melaporkan diri hari ini (semalam) kerana mewakili pasukan mereka mengharungi
saingan Piala Malaysia.
“Jadi, kemungkinan besar saya
tidak akan menggunakan khidmat mereka pada perlawanan esok (hari ini) dan
berharap peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh pemain lain untuk
menyerlah,” jelasnya.
Selepas aksi pertama di Stadium
Shah Alam hari ini, skuad B-22 negara akan menentang pasukan yang sama pada
aksi kedua di Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Jumaat ini.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4Iovk7lQY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment