OLEH HARITH
NIZAR (SUKAN@UTUSAN.COM.MY) | 03 Ogos 2016 12:31 AM
KEJAYAAN
melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich adalah pencapaian terhebat buat
bola sepak negara yang sehingga hari ini tidak mampu diulangi oleh generasi
baharu.
Meskipun gagal
melepasi peringkat Kumpulan A, Malaysia berjaya menewaskan Amerika Syarikat
(AS) 3-0.
Gol-gol
bersejarah pasukan negara ketika itu dijaringkan oleh Shaharuddin Abdullah,
Salleh Ibrahim dan Wan Zawawi Yusoff.
Bagaimanapun,
dua lagi perlawanan Malaysia berkesudahan tewas 0-3 kepada tuan rumah, Jerman
Barat dan 0-6 kepada Maghribi.
Biarpun pada
akhirnya menutup kempen di tangga ke-10 daripada 16 pasukan, berjaya melayakkan
diri dalam sukan No. 1 dunia dianggap pencapaian membanggakan buat skuad bola
sepak.
Malah, pasukan
negara ketika itu disambut bagaikan wira apabila pulang ke tanah air.
Selain
penyertaan bersejarah skuad bola sepak, temasya Munich 1972 dibarisi atlet
olahraga, lumba basikal, renang, menembak dan hoki.
Keseluruhannya,
kontinjen Malaysia dibarisi oleh 54 atlet yang bertanding dalam 21 acara,
meningkat 21 orang berbanding 33 sahaja yang dihantar dalam temasya empat tahun
sebelumnya di Mexico.
Pada temasya
1968, jumlah penyertaan menurun kerana buat kali pertama kita menghantar
kontinjen tanpa atlet dari Singapura selepas negara itu bertindak keluar
daripada Malaysia pada tahun 1965.
Selain hoki (18
pemain), olahraga menampilkan penyertaan terbanyak di Mexico iaitu 11 orang.
Penyertaan
Malaysia turut dilengkapkan oleh atlet daripada sukan berbasikal dan angkat
berat.
Kontinjen negara
di Mexico juga hilang sedikit ‘seri’ kerana buat kali pertama tidak menampilkan
atlet wanita.
Malah, temasya
itu akan dikenang sebagai antara pencapaian terburuk skuad hoki apabila sekadar
menamatkan kempen pada kedudukan kedua tercorot daripada 16 pasukan bertanding.
Bagaimanapun, M.
Jegathesan (kini Tan Sri Dr.) menceriakan kem Malaysia dengan mengulangi
pencapaian Olimpik Tokyo 1964 apabila melayakkan diri ke separuh akhir acara
200 meter.
Malah, dia turut
mencatat rekod kebangsaan dengan kepantasan 20.92 saat pada pusingan pertama
dan catatan tersebut masih tidak mampu dipecahkan sehingga hari ini.
Pada pusingan
kedua, Dr. Jegathesan mencatat masa 21.01s dan catatan itu sedikit perlahan
dalam separuh akhir - 21.05s.
Jumlah
penyertaan Malaysia pada Sukan Olimpik 1976 di Montreal sedikit merosot dengan
hanya 23 atlet berjaya melayakkan diri iaitu tiga daripada olahraga, dua
menembak, seorang renang dan selebihnya hoki.
Ishtiaq Mubarak
berjaya mencuri tumpuan peminat sukan tanah air apabila mara ke separuh akhir
110m lari berpagar lelaki.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/bola-sepak-negara-menyerlah-1.365793#sthash.oUXGQzgm.dpuf
No comments:
Post a Comment