Ad

Saturday, 27 July 2013

PIALA MALAYSIA 2013


Tidak ambil mudah saingan Piala Malaysia



PEMAIN-PEMAIN Kelantan giat menjalani latihan di Kota Bharu sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan mengadakan undian pasukan di Kuala Lumpur, hari ini.
KOTA BHARU - Kelantan enggan mengambil mudah cabaran pasukan lain yang akan beraksi pada saingan Piala Malaysia, meskipun dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan tersebut musim ini.
Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saingan Piala Malaysia berbeza dengan aksi Liga Super dan Piala FA kerana pasukan yang kurang menyerlah dalam kejohanan tersebut biasanya akan menjadi pencabar utama bagi merebut kejuaraan.Beliau meramalkan pasukan dari Liga Primer seperti Sime Darby dan Sarawak mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan utama seperti Johor Darul Takzim, Selangor, Lions XII mahupun Kelantan.[1]
"Jadi kita tidak akan mengambil mudah kemampuan setiap pasukan yang beraksi dalam saingan kali ini. Masing-masing memiliki kekuatan dan ramuan untuk menghadapi saingan kali ini.
"Bagi pasukan Kelantan, kita akan berusaha memberikan yang terbaik bagi mengekalkan kejuaraan musim lalu. Saya akui ia bukanlah tugas mudah, namun kita tetap optimis dengan kemampuan pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Azman memberitahu, meskipun berada di bulan Ramadan ia tidak menjejaskan persiapan pasukan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.
Katanya, skuad The Red Warriors mula menjalani latihan persiapan sejak 19 Julai lalu, bermula pukul 10.30 malam bagi membolehkan barisan pemain menunaikan solat sunat tarawih.
Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang saingan berprestij itu.
"Pada 27 Julai ini kita berlepas ke Lembah Kelang untuk aksi persahabatan dengan Selangor yang akan berlangsung 1 Ogos nanti, sebelum perlawanan terakhir dengan T-team pada 5 Ogos," ujarnya.Mengulas undian Piala Malaysia yang akan berlangsung hari ini, Azman berharap pasukannya tidak berada dalam kumpulan maut sebagaimana musim lalu.Bagaimana pun katanya, Kelantan tetap bersedia untuk menghadapi cabaran meskipun diundi bersama pasukan kuat seperti Lions XII, Selangor mahupun Johor Darul Takzim.[2]







[1] Tidak Ambil Mudah Saingan Piala Malaysia, Utusan Malaysia 27 Julai 2013, hlm.35.
[2] Ibid.

No comments:

Post a Comment