1.IBU BAPA NABI MUHAMMAD SAW
Ketika tentera Abrahah menceroboh Kota
Mekah umur Abdullah bapa Nabi Muhammad SAW sudah 24 tahun dan sudah tiba masa
untuk dikahwinkan. Pilihan Abdul Mutalib jatuh kepada Aminah binti Wahab bin
Abdul Manaf bin Zuhra, pemimpin suku Zuhra ketika itu. Abdul Mutalib dan
anaknya menemui Wahab untuk melamar puterinya. Pada hari perkahwinan Abdullah
dengan Aminah, Abdul Mutalib juga berkahwin dengan Hala, anak bapa saudaranya.
Dari perkahwinan itu lahirlah Hamzah,
bapa saudara Nabi dan seusia dengan Nabi Muhammad SAW.
Selepas berkahwin Abdullah tinggal
selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan Arab bila
perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan. Selepas itu
mereka berpindah ke rumah keluarga Abdul Mutalib. Abdullah kemudiannya
berdagang ke Syria dengan meninggalkan isteri yang dalam keadaan hamil.
Abdullah ke Syam, dalam perjalanan Abdullah
singgah di Gaza. Kemudian Abdullah singgah di Madinah tempat tinggal
saudara-saudara ibunya. Abdullah kemudiannya jatuh sakit di Madinah.
Kawan-kawan Abdullah yang pulang ke Mekah menyampaikan berita sakitnya itu
kepada ayahnya setelah mereka sampai di Mekah. Setelah mendapat berita tersebut
Abdul Mutalib menghantar anak sulungnya Harith ke Madinah supaya membawa
Abdullah pulang ke Mekah apabila sudah sembuh. Tetapi sesampainya di Madinah
Abdullah sudah meninggal dunia. peninggalan Abdullah ialah lima ekor unta,
sekelompok ternakan kambing dan seorang budak perempuan Umm Ayman yang
kemudiannya menjadi pengasuh Nabi.[1]
[1]Muhammad
Husain Haekal, Sejarah Hidup Nabi Muhammad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1981, hlm.53.
No comments:
Post a Comment