Akitek muda negara, Muhammad
Nazmi Faiz Mansor mengakui kelebihan fizikal pemain-pemain negara lain terutama
dari Eropah bukan faktor menentukan kejayaan mereka. Sebaliknya, Nazmi berkata,
pemain yang memiliki tubuh badan yang tegap hanya sebagai satu nilai tambah
dalam corak permainan mereka.
Mengulas mengenai aksi menentang
Chelsea, Nazmi berkata, walaupun Harimau Malaya tidak sehebat mereka, para
pemain mesti berusaha keras bagi mencipta kejutan yang pasti mengundang rasa
bangga dalam diri masing-masing. Nazmi juga berkata dia juga tidak kisah untuk
digandingkan dengan sesiapa sahaja di bahagian tengah dan dalam aksi bertemu
Chonburi FC minggu lalu Nazmi telah digandingkan dengan pemain Sarawak Junior
Edstal. Saya akan memberikan akhis terbaik jika diturunkan nanti, kata pemain
tengah PKNS Selangor itu.[1]
Nazmi Faiz Mansor
Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal
Marlias menuntut rakan-rakan sepasukan supaya memberikan aksi terbaik pada
pertemuan menentang Chelsea di Stadium Shah Alam malam ini. Farizal menagih
bantuan barisan pemain Harimau Malaya dalam menjayakan misi peribadinya untuk
mengawal gawang negara dari dibolos untuk tempoh 90 minit pada aksi Jelajah
asia 2013 itu. Pemain Perak itu antara individu yang memiliki pengalaman menentang
Chelsea ketika skuad negara yang dibimbing Ong Kim Swee tewas tipis 0-1 kepada
skuad The Blues hasil sepakan percuma kontroversi Didier Drogba di laman
sendiri.[2]
PETALING JAYA
- Sebaik sahaja selesai membantu Harimau Muda A pada Sukan Universiti Dunia
(Universiade) di Kazan, Rusia, Mohd. Fadhli Shas langsung tidak berehat
sebaliknya terus menyertai latihan skuad kebangsaan sejak Khamis lalu.Dia masih merasai kepenatan kerana beraksi lima
perlawanan dalam tempoh 12 hari dari 6 hingga 17 Julai di Kazan, ditambah pula
dengan ibadah puasa.Namun segala kepayahan itu diketepikan oleh Fadhli demi
mewakili skuad Harimau Malaya.
Itulah
pengorbanan pemain berusia 22 tahun itu yang enggan merungut malah gembira
kerana khidmatnya terus ditagih oleh pengendali Harimau Malaya, Datuk K.
Rajagobal untuk aksi persahabatan termasuk menentang Chelsea, esok. Dianggap
sebagai tonggak paling berpengalaman dalam pasukan kebangsaan walaupun masih
muda, Fadhli sememangnya sering menjadi pilihan utama Rajagobal di bahagian
pertahanan pada kebanyakan perlawanan penting dilalui skuad kebangsaan.Walaupun
begitu, tugas Fadhli untuk mencabar tempat dalam kesebelasan utama bukan
sesuatu yang mudah kerana kehadiran pemain Kelantan, Azizi Matt Rose pasti
menyukarkan pemain berusia 22 tahun itu untuk bergandingan dengan Mohd. Aidil
Zafuan Abdul Razak di bahagian pertahanan tengah.[3]
No comments:
Post a Comment