TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu ketua
jurulatih Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal menurunkan kesebelasan terbaik
ketika skuad itu menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC esok.Menurut
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu, pertemuan malam esok
adalah antara pentas terakhir untuk Rajagobal mencari keserasian dalam kalangan
pemain sebelum skuad kebangsaan menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga
Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015, 15 Okt ini.
"Saya harap Rajagobal akan barisi pemain yang
dianggap sebelas utama, cukuplah bereksperimen sebab kita mahu mereka bermain
dengan serasi kerana pertandingan penting akan berlangsung tidak lama lagi."Jadikan
perlawanan ini (menentang Chelsea FC) persiapan rapi dan seolah-olah yang
terakhir," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan zakat
perniagaan oleh tujuh badan korporat di sini semalam.
Selain Chelsea FC, Harimau Malaya juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab dari Jepun bermula 23 Julai hingga 1 Ogos dan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos.
Ditanya mengenai desakan ramai peminat bola sepak tanah air agar khidmat Rajagobal ditamatkan, Tengku Abdullah berkata perkara itu akan dilihat kemudian.
"Biar dia habiskan perjuangan dia dulu kerana dia tahu apa harapannya dan saya harap dia dapat tunaikan apa saja harapannya itu dan kemudian baru kita bincang pasal perkara lain."Sekarang ini kita tidak mahu jejaskan konsentrasi dia kerana kelayakan Piala Asia adalah indeks prestasi utama dia," katanya.Mengulas pertemuan dengan Chelsea FC yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam itu, Tengku Abdullah menagih pemain memberikan persembahan terbaik dan berusaha meraih kemenangan walaupun dilihat mustahil."Kita mahu lihat (kekuatan) benteng pertahanan pasukan kita sepanjang perlawanan itu serta keupayaan penyerang-penyerang kita dari segi statistik percubaan pada separuh masa pertama dan kedua," katanya.
Chelsea FC memulakan jelajah pramusim 2013/14 di Asia dengan mengalahkan Thailand's Singha All-Star XI, 1-0 di Stadium Rajamangala di Bangkok pada Rabu lepas.Pasukan bimbingan jurulatih Jose Mourinho itu akan berada di Malaysia sehingga 23 Julai sebelum ke Indonesia untuk mengakhiri lawatan dengan menentang Indonesian XI bagi Piala BNI di Stadium Bung Karno di Jakarta. [1]

Rajagobal jamin turun
kesebelasan terbaik
Datuk K Rajagobal
SHAH ALAM - Ketua jurulatih
skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberi jaminan untuk menurunkan
barisan terkuat pada perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana
Inggeris (EPL), Chelsea FC di Stadium Shah Alam, malam ini.
Jurulatih berusia 57 tahun itu bagaimanapun berkata beliau terlebih dahulu perlu melihat tahap kecergasan pemain skuad berkenaan sebelum memuktamadkan pemilihan pemain untuk menghadapi kelab itu."Kita ada 26 pemain terbaik dan saya tidak fikir akan menurunkan skuad utama setiap masa kerana kita perlu melihat situasi semasa pasukan kerana ada pemain yang masih mengalami kecederaan dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya di stadium berkenaan, di sini, malam tadi.
Rajagobal berkata beliau tidak bercadang untuk menurunkan dua pertahanan kental negara iaitu K. Reuben dan Mohd Fadhli Mohd Shas yang baru kembali ke tanah air beberapa hari lepas selepas membantu skuad Harimau Muda A pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2013 di Kazan, Russia, baru-baru ini.
Katanya, walaupun dua pemain berkenaan adalah penting di benteng terakhir skuad Harimau Malaya, beliau sebaliknya mahu memberikan muka-muka baharu yang jarang diturunkan untuk mempamerkan persembahan yang boleh membanggakan beliau.
Pada masa yang sama, Rajagobal turut gembira dengan perkembangan tiga pemain utama yang kembali menjalani latihan malam ini selepas ditimpa masalah kecederaan dan kesihatan.Penyerang, Mohd Safee Sali dan perancang tengah, Safiq Rahim masing-masing sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan pangkal paha dan kaki manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menghidap demam panas.
"Berdasarkan perkembangan semasa, Mohd Safee dan Safiq Rahim dijangka tidak menghadapi masalah untuk diturunkan esok cuma kebimbangan saya ialah kepada Khairul Fahmi yang belum menunjukkan tanda pemulihan sepenuhnya.
"Saya yakin dua lagi penjaga gol simpanan (Mohd Farizal Marlias dan Norazlan Razali) mampu memikul tugas di gawang terakhir negara," katanya.
Sementara itu, pemain pertahanan tengah Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak berikrar untuk memberikan persembahan terbaik sekiranya dikekalkan selaku kapten pasukan.
Beliau sebelum ini diberikan peluang oleh Rajagobal untuk memakai lilitan di lengan ketika aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa lepas."Bagi saya menang atau kalah belakang kira...yang lebih penting bagi saya dan rakan sepasukan lain adalah memberikan persembahan yang boleh menghiburkan penonton yang hadir pada perlawanan esok," kata pemain Johor Darul Takzim (Johor DT) itu.Chelsea FC memulakan jelajah pra musim 2013/14 di Asia dengan mengalahkan pasukan Singha All-Star XI dari Thailand, 1-0 di Stadium Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.
Mereka akan berada di Malaysia sehingga Selasa ini sebelum berkunjung ke Indonesia untuk mengakhiri jelajah mereka dengan menentang pasukan pilihan Indonesia di Stadium Bung Karno di Jakarta, Khamis ini. - Bernama[2]

No comments:
Post a Comment