Ad

Monday, 22 July 2013

RANGKING PENTING UNTUK KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA

RANGKING PENTING UNTUK KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA

Seremban: Mahu atau tidak, pengurus dan jurulatih Harimau Malaya - Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk K Rajagobal - mulai hari ini harus segera mengubah pendirian serta falsafah mereka mengenai kedudukan ranking.

Ini kerana selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan ranking penting, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut senada. 
Khairy menegaskan mana-mana pasukan di dunia jelas memburu kedudukan terbaik dari segi ranking kerana itu adalah penilaian sebenar terhadap sesebuah pasukan kebangsaan. "Kita dapati mana-mana pasukan kebangsaan yang berjaya di kejohanan besar menduduki tangga atau ranking yang tinggi di dunia, jadi tidak boleh kita katakan bahawa kedudukan kita dalam ranking dunia tidak penting.

"Saya setuju bahawa kedudukan itu bukan segala-galanya kerana jika dapat ranking nombor satu tidak semestinya menang Piala Dunia, tetapi ia ada persamaannya iaitu negara yang tinggi ranking akan berjaya dalam kejohanan besar atau bertaraf antarabangsa.[1]

       Menurut Khairy, walaupun FAM dan Rajagopal hendak mengurangkan  perlawanan  persahabatan berstatus A atau menyifatkan mencukupi sekadar bermain dengan pasukan bersatus amatur ketika membuat persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015, akhirnya rakyat akan menilai pasukan kebangsaan melalui rangking semasa.[2]




[1] Mohd Amin Jalil, FAM Dituntut Baiki Rangking, Berita Harian, 22 Julai, 2013, hlm.48.
[2] Mohd Amin Jalil, Rangking Dunia Penting: Khairy, Harian Metro, 22 Julai 2013, hlm.55. 

No comments:

Post a Comment