SHAH ALAM - Mengharungi siri jelajah Asia ketika Ramadan
tidak menghalang pemain Chelsea yang beragama Islam, Demba Ba berpuasa.
Walaupun berpuasa, Demba Ba, yang berasal dari Sevres,
Perancis tetap bertenaga sewaktu menjalani latihan keras di bawah bos baharu
Chelsea, Jose Mourinho seperti rakan sepasukannya yang lain pada sesi latihan
di Stadium Shah Alam, semalam.
Penganjur Jelajah Asia kelab itu berkata, pemain berusia
28 itu tetap berpuasa walaupun terpaksa menjalani latihan lebih dua jam pada
sesi sebelah pagi dan petang ketika mereka berada di Thailand pertengahan
minggu ini serta di Malaysia sejak Khamis lalu.
Ketika latihan di Bangkok pertengahan minggu lalu, Ba
dikatakan menolak dengan secara baik sebotol air mineral yang dihulurkan
kepadanya oleh pegawai pasukan tersebut kerana khuatir dia mengalami kekurangan
air dalam badan.
"Semuanya berjalan lancar, ia bukan terlalu sukar
buat saya," kata Ba selepas ditanya oleh media mengenai keadaannya yang
perlu berlatih dan bermain dalam bulan Ramadan ketika di Thailand dan Malaysia.
Ba, yang beraksi di posisi penyerang juga memuji semua
kemudahan serta suasana di Malaysia termasuk hotel penginapan mereka dan
berharap perlawanan menentang skuad kebangsaan hari ini berlangsung dengan
hebat.
"Saya dan para pemain perlu berada dalam keadaan
fizikal yang baik menjelang perlawanan esok (hari ini).
"Siri jelajah pramusim ini memang berguna dan
peminat kami di Asia Tenggara semuanya sangat baik," kata bekas pemain
West Ham United dan Newcastle United itu.
Pemain yang mewakili Senegal sebanyak 17 kali itu
terkenal dengan aksi sujud ketika meraikan jaringan baik bersama Newcastle dan
Chelsea. Dia pernah mendapat gelaran pemain terbaik EPL Disember 2011.[1]
SHAH ALAM - Harimau Malaya tidak boleh
menganggap kedatangan Chelsea ke Malaysia sekadar makan angin jika tidak mahu
menjadi mangsa dimalukan kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam perlawanan
persahabatan di Stadium Shah Alam, esok
Pertahanan
skuad Blues, Gary Cahill menegaskan mereka bakal beraksi lebih
mantap apabila menentang Malaysia esok setelah hanya menang tipis 1-0 ke atas
skuad Pilihan Thailand dalam perlawanan di Bangkok, Rabu lalu.Esok merupakan
perlawanan kedua Jose Mourinho sejak kembali melatih The Blues selepas
meninggalkan Real Madrid.Menurut Cahill, pertemuan dengan Malaysia mungkin
tidak jauh bezanya dengan Pilihan Thailand tetapi mereka harus berusaha lebih
keras lagi dan menunjukkan peningkatan dalam perlawanan kedua di bawah bimbingan
Mourinho, esok.
"Kami
perlu lebih tajam lagi, begitu juga dengan tahap kecergasan kami, harus
dipertingkatkan dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan Malaysia,"
katanya kepada media selepas latihan selama sejam lebih di Stadium Shah Alam
semalam.Ditanya mengenai latihan dan suasana di Malaysia, Cahill berkata,
semuanya berjalan lancar, baik sesi latihan, stadium dan hotel sedikit pun
tidak mencatatkan persiapan mereka."Sesi latihan kendalian Mourinho memang
amat keras, mungkin beberapa pemain sudah biasa dengannya. Ini adalah kelab
yang bagus, jadi sesi latihan amat penting buat kami, perpindahannya ke Chelsea
satu keputusan yang tepat," katanya.
Cahill, 27,
turut mengakui bahawa persaingan dalam pasukan Chelsea juga begitu berat
selepas beberapa pemain seperti John Terry dan David Luiz terpaksa berebut
tempat kesebelasan utama bagi posisi pertahanan tengah."Memang akan
berlaku satu persaingan di sini bagi merebut posisi, saya harus bekerja keras
dan memastikan saya memperoleh tempat. Ia juga amat penting buat semua
pemain," kata Cahill yang turut mencari ruang untuk beraksi di Piala Dunia
2014 Brazil.Bekas pertahanan Bolton Wanderers dan Aston Villa itu beraksi pada
separuh masa kedua ketika bertemu Pilihan Thailand Rabu lalu dan berjaya
mengekang asakan lawan daripada membolosi gawang Blues.[2]
No comments:
Post a Comment