Tengku Abdullah minta Raja tak bereksperimen lagi ketika
aksi dengan Chelsea malam ini
Shah Alam: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal akan menurunkan kesebelasan utama terbaiknya untuk aksi menentang Chelsea FC di Stadium Shah Alam, malam ini, sekali gus menyahut cabaran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam.
Namun, pengendali berusia 57 tahun itu berkata, kesebelasan utama yang diturunkan itu perlu mengambil kira kesesuaian mengikut keadaan terutama dari segi tahap kecergasan pemain.

"Saya fikir kita ada 26 pemain terbaik untuk diturunkan. Saya perlu
lihat tahap kecergasan mereka. Kita tak boleh fikir semua pemain boleh bermain,
kita tetap perlu melihat kepada situasi, siapa pemain terbaik yang boleh kita
turunkan.
"Memang kalau boleh saya nak turunkan kesebelasan terbaik untuk memulakan separuh masa pertama. Apa pun saya akan turunkan pemain yang saya fikir cukup cergas dan betul-betul boleh bermain," kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan terakhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Hanya seorang pemain yang masih cedera iaitu pertahanan kiri, Zubir Azmi manakala baki 26 pemain lain sudah boleh beraksi termasuk Safee Sali, Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat dan Mahalli Jasuli yang sebelum ini tidak beraksi ketika skuad kebangsaan seri 0-0 dengan kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa lalu.
"Ini latihan terakhir. Saya gembira kerana semua pemain yang cedera dan kurang sihat sebelum ini sudah boleh berlatih bersama. Begitu juga Fadhli Shas dan K Reuben yang baru pulang dari Kazan, Russia (Sukan Universiti Dunia).
"Saya mungkin melakukan dua atau tiga pertukaran berbanding kesebelasan ketika bertemu Chonburi FC," kata Rajagobal yang ketika latihan, malam tadi memakai jersi skuad kebangsaan ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 sebagai mengambil aura dan semangat kemenangan, tiga tahun lalu.[1]
Safee tekad
robek gawang Chelsea
Safee pernah robek dua kali gawang
Liverpool dua tahun lalu.
Kuala Lumpur: “Sekurang-kurangnya saya akan cuba untuk menjaringkan satu
gol.” tekad penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menjelang pertemuan dengan
Chelsea di Stadium Shah Alam, malam ini andai ditakdirkan perlawanan
berkesudahan dengan skuad kebangsaan tewas lagi kepada kelab Liga Perdana
Inggeris itu.
“Kami sedar secara realistiknya memang susah nak menang dengan kelab hebat seperti Chelsea ini. Tapi kami tetap akan bersungguh-sungguh mempamerkan satu persembahan menarik dan terbaik.
“Kami sedar secara realistiknya memang susah nak menang dengan kelab hebat seperti Chelsea ini. Tapi kami tetap akan bersungguh-sungguh mempamerkan satu persembahan menarik dan terbaik.
“Jika tak dapat mencapai kemenangan sekali pun, kami akan cuba untuk
menjaringkan gol untuk menggembirakan penyokong. Itu sesuatu yang tidak
mustahil dilakukan kerana saya dan beberapa pemain lain turut pernah
melakukannya ketika bertemu kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini,” kata
Safee ketika dihubungi, semalam.
Pernah bolosi gol Liverpool
Safee, 29, pernah menjaringkan dua gol ketika skuad kebangsaan tewas 6-3
kepada Liverpool pada 16 Julai 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan
satu lagi jaringan menerusi sepakan percuma Safiq Rahim.
Amri Yahyah turut melakar sejarah menjaringkan dua gol ketika skuad kebangsaan tewas 3-2 kepada Manchester United pada 18 Julai 2009.
Pemain tempatan lain yang turut pernah membolosi gawang kelab Liga Perdana Inggeris ialah Hairuddin Omar ketika tewas 4-1 kepada Chelsea pada 2003, Azmi Muslim ketika tewas 2-1 kepada Arsenal pada 2012 dan Azammuddin Akil ketika tewas 3-1 kepada Manchester City pada 2012.
“Saya tidak pasti diturunkan dalam kesebelasan utama atau tidak, tapi saya sudah cergas sepenuhnya dan menjalani latihan penuh selama tiga hari. Saya cukup bersemangat untuk turun bertemu Chelsea,” katanya.[2]

No comments:
Post a Comment