RAJAGOBAL
( kiri) m enyampaikan amanat kepada para pemain Harimau Malaya pada sesi
latihan padang Wisma FAM, Kelana Jaya, 11 Julai lalu.
KETUA jurulatih skuad
Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal perlu menurunkan pemain kesebelasan utama
yang terbaik pada pertemuan menentang Chelsea FC Stadium Shah Alam malam ini.Timbalan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
(gambar) berkata, perlawanan itu sangat penting kerana ia antara pentas
terakhir buat barisan pemain sedia ada sebelum menghadapi Bahrain pada
perlawanan ketiga Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala
Lumpur 15 Oktober nanti.
“Saya
harap Rajagobal akan membariskan pemain yang terbaik dalam kesebelasan utama,
cukuplah terus bereksperimen, sebab kali ini kami mahu mereka bermain dengan
serasi memandangkan pusingan kelayakan Piala Asia akan berlangsung tidak lama
lagi.“Jadikan perlawanan ini sebagai persiapan terakhir untuk membentuk sebuah pasukan
yang mantap,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
oleh tujuh badan korporat di Istana Abdul Aziz, Kuantan kelmarin.[1]
KUANTAN - Tiada lagi istilah eksperimen buat
skuad Harimau Malaya apabila menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea
sebaliknya skuad kebangsaan perlu membuktikan keupayaan dan memberi tentangan
sengit dalam aksi persahabatan hari ini.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berharap ketua
jurulatih negara, Datuk K. Rajagopal mengisi kesebelasan utama yang terbaik
dalam aksi di Stadium Shah Alam, malam ini.
Menurut beliau, perlawanan itu menjadi antara
pentas terakhir pemain sebelum menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga
Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, 15 Oktober ini."Tiada
lagi istilah cuba-cuba. Buktikan kemampuan yang skuad Harimau Malaya mampu
memberi saingan dalam perlawanan tersebut.[2]
KUALA LUMPUR - Untuk menang ke atas Chelsea,
ia sememangnya misi sukar buat skuad Datuk K. Rajagobal namun perkara yang
lebih dibimbangi ketua pasukan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak ialah gawang
Harimau Malaya dibolosi dengan jaringan yang besar.
Sebagai tonggak pertahanan Aidil berkata,
tugasnya dan rakan sepasukan cukup berat untuk menahan serangan bertali arus
skuad Blues.
Dia berharap jika Malaysia tewas sekali pun
dalam aksi persahabatan hari ini, kekalahan tersebut bukanlah menyaksikan
Malaysia dibelasah.
"Siapa yang tak mahu menang tetapi
menentang Chelsea, ia perlawanan yang sukar dan saya berharap pertahanan kami
tidak dibolosi terlalu banyak.
"Saya masih ingat dua tahun lalu,
selepas saya terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan ketika menentang
Arsenal, kita kalah 0-4.
"Dalam aksi persahabatan menentang satu
lagi kelab EPL, kita kalah 6-3 kepada Liverpool.
"Inilah yang membimbangkan saya. Saya
harap kalau tewas biarlah dengan cara yang bermaruah dan menampilkan tentangan
sengit kepada lawan yang dibarisi ramai pemain berkelas dunia, " katanya.
Dia turut mencabar rakan-rakannya
sekurangnya-kurangnya mengulangi kecemerlangan ketika kalah tipis 1-2 kepada
Arsenal tahun lalau, malahan hampir melakukan kejutan kerana mendahului 85
minit permainan.
"Jangan lupa tahun lalu semasa menentang
Arsenal, kami mendahului 1-0 dan hampir sahaja memenangi perlawanan itu tetapi
terlepas dua jaringan lawan pada minit-minit terakhir permainan, jadi tiada apa
yang mustahil.
"Saya dan rakan-rakan sepasukan berjanji
sama sekali tidak akan cepat mengaku kalah serta berjuang habis-habisan untuk
mendapatkan keputusan yang baik, " katanya semalam.[3]
No comments:
Post a Comment