Pesanan buat Harimau
Malaya
Oleh AHMAD FAZLI MOHD.
YADI fazli.yadi@kosmo.com.my
SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan ringan di Gimnasium
Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.
|
BEKAS pemain kebangsaan,
Datuk Namat Abdullah menggesa Harimau Malaya tampil bermati-matian demi maruah
negara ketika menentang Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam
malam esok.
Namat memberitahu, skuad
kendalian Datuk K. Rajagobal tidak seharusnya ‘cepat mengalah’ sekalipun
menyedari lawan yang ditentang bukan calang-calang pasukan.
“Bila nak main (lawan
dengan Chelsea), mereka (skuad Harimau Malaya) harus beraksi bermati-matian.
“Jika diberi kepercayaan
oleh jurulatih, setiap pemain harus memberikan aksi terpuji di tengah padang.
Walaupun sedar Chelsea dibarisi pemain terbaik dunia tetapi pemain negara tidak
harus mudah mengalah.
“Patahkan setiap
serangan mereka dan jika tewas, biarlah kalah bermaruah. Jangan buat malu
negara kita,” kata Namat ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Namat, 66, turut
berharap anak-anak buah Rajagobal dapat mengambil seberapa banyak peluang untuk
menimba pengalaman berharga berdepan dengan barisan bintang The Blues.
“Ketika zaman saya
mewakili negara, kita (skuad negara) tidak pernah minta untuk menentang
Arsenal, Nottingham Forest mahu pun Brazil.
“Sebaliknya, mereka yang
mahu menguji kemampuan kita. Jadi saya berharap skuad negara generasi kini
dapat menggunakan peluang menentang Chelsea sebaik mungkin.
“Ketika menentang
Arsenal pada 13 Mei 1975, kami terikat 1-1 tetapi menang 2-0 ke atas Arsenal
pada aksi kedua di Stadium Merdeka dua hari kemudian.
“Jadi saya berharap
skuad negara generasi kini dapat mengambil aura kejayaan itu sebagai pembakar
semangat untuk mereka tampil dengan aksi lebih baik Ahad ini (esok),” jelasnya.
Bekas jurulatih
Kelantan, Datuk M. Karathu (gambar kecil) turut bersetuju dengan pandangan
Namat itu.
Karathu memberitahu,
Harimau Malaya tidak perlu gentar dengan reputasi gah The Blues selaku juara
Liga Europa.
“Pada pendapat saya, pasukan
kita sepatutnya tiada sebarang tekanan dalam perlawanan persahabatan ini.
“Sebaliknya, mereka
harus mengambil satu motivasi untuk meletakkan reputasi mereka sebaris dengan
pemain bertaraf dunia.
“Jangan hormat sangat
kepada Chelsea kerana apabila bermain dengan pemain profesional, kamu
berpeluang untuk belajar sesuatu dalam permainan itu,” katanya.
Sumber: Kosmo online Sabtu 20.7.2013
No comments:
Post a Comment