Jumaat, 2 Februari 2018 | 7:26pm
Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan bagi persiapan perlawanan Piala Sumbangsih 2018 di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. - Foto Hairul Anuar Rahim
Baddrol tetap gementar turun aksi pertama
Oleh Rizar Mohd Noor
sukateam@nstp.com.my
Johor Bahru: Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar tidak menafikan betapa perasaan gementar untuk beraksi pada kancah Liga Malaysia (Liga M) tetap ada bukan sahaja pada dirinya malah turut membabitkan kesemua rakan sepasukan.
Tambahnya, aksi pertama menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) tatkala ia perlawanan pertama Liga Super sememangnya beri perasaan gemuruh apabila berdepan pasukan yang hebat kendalian Ulisses Morais.
"Walaupun pernah beraksi pada saingan Piala Sumbangsih musim lalu, perasaan gementar tetap ada kerana kami bukan sahaja berdepan JDT yang merupakan juara Liga Super empat musim berturut-turut malah perlu berdepan sorakan padu penyokong mereka.
"Namun apabila permainan bermula nanti, saya optimis pemain Kedah akan melupakan perasaan gementar dan beri fokus sepenuhnya pada perlawnan itu dan berjuang habis-habisan memburu kemenangan.
"Kita tahu JDT ada kelebihan beraksi di laman sendiri, namun kami akan turun dengan semangat tinggi untuk berusaha membawa pulang Piala Sumbangsih ke bumi Darul Aman bagi permulaan positif dalam liga," katanya pada sidang media pra perlawanan Piaka Sumbangsihdi Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.
Baddrol juga menegaskan penentuan kemenangan pada pertembungan itu lebih terarah kepada pasukan mana yang menjaringkan gol dan pantas mempertahankan jaringan untuk memburu kemenangan.
Katanya, tiada tekanan buat skuad Helang Merah untuk berdepan Harimau Selatan tatkala lebih menganggap sebagai pasukan bukan pilihan berbanding JDT yang pasti lebih tertekan yang beraksi di tempat sendiri.
"Kehadiran Pablo Pallares dan Álvaro Silva beri lagi suntikan kekuatan Kedah pada musim ini dan kedua-dua pemain itu memiliki sikap positif yang boleh dijadikan contoh kepada pemain muda.
"Saya berharap salah seorang daripada mereka mampu beri sumbangan untuk Kedah melakar kemenangan pada perlawanan itu nanti kerana kami membuat persiapan begitu rapi bagi menghadapi JDT," kata Baddrol.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 2 Februari 2018 | 7:26pm
No comments:
Post a Comment