Ad

Wednesday 28 February 2018

Dollah ambil risiko berbaloi

PEMAIN Selangor, Kannan Kalaisevan dijatuhkan pemain Pahang dalam kawasan gol dalam perlawanan Liga
PEMAIN Selangor, Kannan Kalaisevan dijatuhkan pemain Pahang dalam kawasan gol dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam yang berkesudahan Pahang menang 3-1.
26 Februari 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Risiko yang diambil oleh Dollah Salleh dengan menurunkan Francis Forkey Doe yang menghadapi masalah kecederaan nyata berbaloi selepas pemain itu menja­ringkan dua gol ketika membantu skuad Tok Gajah menundukkan Selangor dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

Jurulatih Pahang itu menjelaskan Doe sebenarnya mengalami kecederaan terseliuh buku lali sehingga terpaksa diketepikan daripada sesi latihan sehari sebelum bertemu Red Giants.


“Walaupun mengalami kece­de­raan namun Forkey Doe tetap bersemangat untuk bermain dan dia menunjukkan malam ini (malam tadi) betapa dia layak untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Dengan prestasi cemerlang­nya buat masa ini, itulah yang kita harapkan selepas pasukan bergelut dengan masalah pe­nyerang pada awal musim sebelum ini.

“Bukan sahaja Forkey Doe malah Patrick Cruz juga menunjukkan keserasian yang baik. Jadi saya boleh kira ramuan sudah menjadi dan dibuktikan menerusi kemenangan yang kami raih,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Cruz memulakan rentak hebat Pahang apabila menjaringkan gol pada awal permainan untuk membantu anak buah Dollah meraih kemenangan kedua berturut-turut mereka.

Mengulas lanjut aksi bertemu skuad Red Giants itu, Dollah menyifatkan anak buahnya berjaya memperagakan corak permainan yang dimahukan selepas mereka masih tercari-cari kombinasi terbaik dalam perlawanan terdahulu.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain dan inilah sebenar­nya corak permainan yang saya harap­kan. Terbukti pada perlawanan malam ini.

“Apabila semua pemain memainkan peranan masing-masing dan mencipta keserasian yang lebih baik maka semua yang kita mahukan akan menjadi,” kata­nya
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dollah-ambil-risiko-berbaloi-1.616456#ixzz58PDnslUQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment