DAO BAKARY (kiri) meraikan
jaringan pelengkap kemenangan UiTM 3-1 ke atas Pulau Pinang dalam saingan
pembukaan Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.- FOTO
UTUSAN/SHAHARANI SAIBI
Sufian Hadi Sojak
01 Februari 2018 11:24 PM
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Pasukan
berstatus ‘pelajar’, UiTM memulakan saingan dengan langkah kanan apabila
menewaskan Pulau Pinang 3-1 dalam aksi pembukaan Liga Perdana musim ini,
sebentar tadi.
Aksi di Stadium UiTM, Shah Alam
itu menyaksikan Sadam Hashim terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan
pada minit ke-18, dan kedudukan 1-0 tersebut kekal sehingga tamat separuh masa
pertama.
Begitu pun kelebihan tersebut
hanya mampu bertahan sehingga hampir satu jam setelah skuad Harimau Kumbang
menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi pemain dari Denmark, Ken Ilso.
Tersentak daripada itu, Lion
Troops kemudian kembali di depan apabila Lucas Pugh dari Argentina meledak gol
pada minit ke-86 sebelum pemain Ivory Coast, Dao Bakary melengkapkan kemenangan
3-1 UiTM di penghujung perlawanan.
Kemengan tersebut meletakkan
skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail menghuni kedudukan teratas liga untuk
sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam dengan pungutan 3 mata, sementara 10
lagi pasukan lain akan berentap esok.- UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/uitm-malukan-pulau-pinang-1.601550#ixzz55wgyaNoC
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment