Latar belakang
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali
al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau berketurunan
Turki. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau dilahirkan
pada tahun 980 di Bukhara, Turkestan. Ibn Sina merupakan seorang yang tekun
dalam mempelajari ilmu. Umpamanya beliau pernah membaca buku metafizik karangan
Aristotle sebanyak 40 kali.[1]
Beliau seorang yang taat beragama.
Buktinya beliau sering berdoa kepada Allah SWT apabila menghadapi kebuntuan
untuk menyelesaikan masalah. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqli
(agama) ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif. Buktinya, beliau
banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu,
terutama dalam bidang perubatan.[2]
Semasa berusia 16 tahun, beliau telah
dapat menguasai ilmu perubatan. Berkat kesungguhan beliau yang tidak mengenal
jemu, akhirnya Ibn Sina telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.Beliau
meninggal dunia pada tahun 1037 di Hamazan ketika berumur 58 tahun.[3]
Sumbangan lbn Sina
BIDANG PERUBATAN
Pengiktirafan dan penghargaan
(a) Beliau merupakan tokoh
perubatan yang terkemuka pada abad ke-ll. Beliau mendapat sanjungan di Barat sehinggakan
lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan, Universiti
Paris.
(b) Para penulis Barat telah
menganggap Ibn Sina sebagai 'Bapa Doktor Perubatan' kerana Ibn Sina telah
berjaya menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta
pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping
pengalaman beliau sendiri.
(c) Ibn Sina pemah diberi gelaran
sebagai "Medicorum Principal' atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin
Skolastik.
(d) Gelaran lain yang pernah
diberikan kepadanya ialah Raja Ubat. (e) Dalam dunia Islam, beliau dianggap
sebagai "Zenith", iaita tahap tertinggi dalam ilmu kedoktoran. (-
f) Khidmat Ibn Sina yang berjaya
menyembuhkan Sultan Nuh , bin Mansur di Bukhara pada tahun 997 menyebabkan
beliau diangkat sebagai doktor diraja.
(g) Kehebatan dan kepakaran dalam
bidang perubatan beliau tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan
gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).[4]
Penghasilan karya teragung, Qanun fi
al-Tibb
(a) Merupakan khazanah perubatan yang amat
bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di Eropah.
Segala rumusan yang terdapat di dalam karya tersebut masih diterima dalam dunia
perubatan moden pada hari ini. Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibn
Sina ke dalam bahasa Latin.
(b) Buku yang menjadi buku
rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 ini telah
dicetak sebanyak 16 kali; 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam
bahasa Yahudi (Hebrew).
(c) Di samping itu, buku tersebut
turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
(d) Karya ini juga membincangkan
mengenai penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.[5]
Penghasilan ensiklopedia perubatan
(a) Pada usia 2l tahun, ketika
berada di Kawara.an, beliau mula menulis karya pertamanya berjudul al-Majmu
yang mengandungi pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang lengkap dan diikuti
dengan buku-buku lain.
(b) Segala karya atau cetusan idea Ibn Sina
termasuk berbentuk risalah berukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku
besar yang berjudul Essai de Bibliographie Avicenna yang dihasilkan oleh Pater
Dominican di Cairo.
(c) Antara yang terkandung dalam
buku tersebut termasuklah sebuah karyayang amat terkenal, iaitu al-Qanunfi
al-Tibb.[6]
Teori anatomi dan fisiologi.
(a) Ibn Sina merupakan individu
terawal yang mengemukakan teori-teori anatomi dan fisiologi. Teori-teori yang
terdapat di dalam buku beliau menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan
mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makro kosmos (dunia
besar).
(b) Misalnya, digambarkan bahawa
syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi. Dengan demikian kepala
itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam
setahun. Dengan itu, manusia memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan
mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) ialah raja tubuh manusia, sementara
paru-paru ialah menterinya. Leher merupakan jendela badan, manakala hempedu
sebagai markas pusatnya. Limpa dan perut sebagai bumbung sementara usus merupakan
sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
(c) Pengetahuan anatomi Ibn Sina
jelas dilihat dalam karyanya yang menggambarkan keterangan-keterangan yang
lengkap di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa tertentu.
(d) Melalui pengetahuan dalam
bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi tiga injap yang
terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam darah.
Impak penyelidikan yang
dilakukannya
(a) Ibn Sina menemui penyakit
baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus
seperti tibi, penyakit rubella, alahan (allerg), cacar (smallpox), penyakit
jiwa dan seumpamanya.
(b) Ibn Sina mendedahkan bahawa
penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga
mengenal pasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya dan
menganggap ia menjadi punca penularan kebanyakan penyakit.
(c) Ibn Sina juga telah
mengajarkan cara-cara pembedahan yang mana telah menekankan keperluan
pembersihan luka.
(d) Penyelidikan dan penemuan dalam
bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan,
beliau telah menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau
telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan
lainlain.
(e) Hasil daripada
penyelidikannya, Ibn Sina telah menjelaskan simpton-simpton penyakit kencing
manis dan masalah yang akan timbul daripadanya.
Memperkembangkan ilmu psikologi
(a) Ibn Sina telah menemui ilmu
yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara psikologi dengan
kesihatan.
(b) Ibn Sina juga telah
menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan
psikologi'
(c) Minatnya yang mendalam dalam
bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak
daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi.
BIDANG FALSAFAH
Pandangan falsafah Ibn Sina yang
terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama, iaitu logik, psikologi
dan metafizik.Beliau telah menghasilkan karya falsafahnya untuk dimuatkan
bersama-sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab
al-Shifa'.
Pandangannya itu mewakili tradisi
Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal
oleh ilmu kalam. Kitab ini amat berpengaruh dalam kalangan para sarjana dalam
bidang falsafah di Eropah. Ibn Sina cuba mengharmonikan antara falsafah dengan
agama. Beliau menjelaskan dogma-dogma agarna dengan menggunakan akal dan yakin
bahawa roh tidak pernah musnah.
BIDANG GEOGRAFI
Ibnu Sina merupakan seorang ahli
geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal
dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu mengemukakan suatu
hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan
Romani sejak dari zaman Heredotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious. Menurut
Ibn Sina, kesan daripada hakisan aliran sungai terhadap kawasan
berbukit/bergunung-ganang telah menyebabkan terbentuknya kawasan lembah sungai
yang produktif.
BIDANG GEOLOGI DAN KIMIA
Sumbangan Ibn Sina dalam bidang geologi, kimia
serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi. MenurutA. M. A. Shushtery
karangan Ibn Sina mengenai ilmu mineral menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam
bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut
Reuben Levy, Ibn Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya
berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada pelbagai
jenis.
Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabir bin
Hayyan, iaitu "Bapa Kimia Muslim.”[7]
MEMPERKENALKAN ILMU PSIKOLOGI
Ibnu Sina telah menemui ilmu yang
dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara psikologi dengan
kesihatan. Ibnu sina juga telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan
individu yang mengalami gangguan psikologi.Minatnya yang mendalam dalam bidang
yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak banyak
daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi.[8]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford
Fajar,2013),129.
[2]
Ibid,129.
[3] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah
Alam:Oxford Fajar,2014),139.
[4]
Ibid,139.
[5] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah
Alam:Oxford Fajar,2017),154.
No comments:
Post a Comment