Ad

Thursday 12 April 2018

Periksa buku lali Soniia setiap aksi


Daripada Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid di Gold Coast
sukanteam@nstp.com.my
SUM
ADAKAH Soniia Cheah yang pernah mengalami kecederaan buku lali mengambil risiko meneruskan aksi di Sukan Komanwel?

Bagaimanapun, ketua kontinjen negara, Huang Ying How memberi jaminan buku lali Soniia akan diperiksa setiap kali perlawanan berakhir.

“Saya memberi keutamaan kepada Soniia, bermakna memberi arahan kepada pasukan doktor dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk melihat kepada risiko dan jika wujud, dia tidak akan dibenarkan beraksi,” jelas Ying How.

Soniia mengalami kecederaan buku lali ketika aksi berpasukan campuran menentang England di separuh akhir, namun beraksi ketika tewas 1-3 kepada India di final, Isnin lalu.

Dia kini bersaing dalam acara perseorangan dan beregu.

“Soniia mengalami kecederaan sebelum temasya bermula, jadi kami memberikan tumpuan kepadanya. Dia memerlukan kebenaran apabila mahu turun beraksi,” tambahnya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 3:02 PM

No comments:

Post a Comment