Felda Cempaka Jengka 2 (Jengka 2), merupakan
salah satu daripada kawasan petempatan peneroka Felda yang telah dibuka sekitar tahun 1971. Felda Jengka 2
berada di dalam kawasan daerah Maran dan terletak berhampiran Felda Jengka 3
dan Ulu Jempol. Perjalanan dari Bandar Jengka yang terletak 10
kilometer mengambil masa kira-kira 15 minit. Terdapat lebih daripada 400 buah
keluarga yang terdiri daripada generasi pertama dan Felda peneroka.
Tanah Rancangan Felda Jengka 2 telah
dimajukan dalam peringkat kedua
pembangunan tanah Felda dalam tahun 67/68. Perancangan pembangunan wilayah ini
berdasarkan kajian kumpulan pakar perunding Tams/Hunting. Ini merupakan projek
utama negara yang pertama dibiayai melalui pinjaman Bank Dunia berjumlah
sebanyak 52 juta dollar Amerika. Pinjaman ini digunakan untuk membiayai projek
Jengka 1-23.[1]
Kebanyakkan penduduk di Felda Cempaka
Jengka 2 berasal daripada masyarakat Melaka kerana terdiri daripada saudara-
mara mereka. Pada tahun 1970 seramai 133 orang peneroka yang berasal dari
Melaka telah masuk ke Felda Cempaka Jengka 2 tetapi mereka datang secara berorganisasi.
Kebanyakkan orang Melaka ditempatkan di kawasan peringkat 2. Di peringkat 2
mempunyai 3 lorong dan lorong tengah di kawasan kubur kebanyakkannya terdiri
daripada orang Melaka. Orang Melaka yang ada di Felda Jengka 2 berasal dari
Kampung sekitar Mukim Sungai Rambai, Alor Gajah, Jasin, dan sebagainya.[2]
Perjalanan mereka untuk sampai ke Felda
Cempaka Jengka 2 dengan menaiki bas yang disediakan. Mereka berhijrah ke sini
kerana pada mulanya mereka menerima tawaran untuk menjadi peneroka. Felda ini
ditubuhkan bagi membasmi kemiskinan yang melampau di kalangan masyarakat orang
melayu di negara ini.[3]
[1]Rokiah
Talib, “Raja Muhammad Alias Arkitek
Felda”, (Penerbitan UKM, Bangi 2010), 49.
[2] Temu
ramah Haji Yaakob Mahadi pada 5 April 2016.
[3] Ibid
No comments:
Post a Comment