SABTU, 27
FEBRUARI 2016 @ 11:34 PM
PENJAGA gol
Terengganu FC II, Wan M. Azraie (tengah) menggagalkan cubaan pemain FELDA
United untuk jaringkan gol pada saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak,
Jengka, malam ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
KUALA LUMPUR:
FELDA United mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila mencatat
kemenangan 2-0 berdepan Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Tun Abdul Razak,
Jengka, sebentar tadi. Dua jaringan Hadin Azman masing-masing pada minit ke-31
dan ke-77, melengkapkan kemenangan buat tuan rumah itu, yang kini mencatat
rekod bersih tiga kemenangan dalam saingan awal Liga Super.
Johor Darul
Ta'zim (JDT) pula terus menghambat FELDA United apabila membenam Terengganu 2-0
di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu. JDT mendahului pada
minit ke-28 menerusi S Chanturu sebelum Jorge Pereyra Diaz mengukuhkan
kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-33.
Di Stadium Darul Makmur, tuan rumah Pahang
terus hampa untuk mencatat kemenangan pertama apabila dihukum Selangor 3-1.
Pahang mendahului pada minit ke-12 menerusi Mohd Faisal Abd Halim, namun ia
tidak bertahan lama apabila Patrick Ronaldinho menyamakan kedudukan pada minit
ke-35. Selang sembilan minit kemudian, Ronaldinho sekali lagi meledak untuk gol
kedua peribadi. Pada babak kedua, R Gopinathan menambah derita tuan rumah
menerusi jaringan pada minit ke-66.
Di Stadium Hang
Jebat, Melaka, tuan rumah PDRM terikat 2-2 berdepan Pulau Pinang. Pada babak
pertama, Pulau Pinang mendahului 1-0 menerusi jaringan S Kumaahran seawal minit
pertama, namun Ashfaq Ali menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit
ke-63. PDRM pula mendahului pada babak kedua menerusi Konate Souleymane pada
minit ke-70, namun Matias Jesus Cordoba menjaringkan gol terakhir pada minit
ke-80 buat Pulau Pinang seterusnya mengikat kedudukan 2-2. Di Stadium Perak, di
Ipoh, Perak dan Kedah terikat 0-0.
Selanjutnya di
: http://www.bharian.com.my/node/128755
No comments:
Post a Comment