FADHILUL
IZMEL ISHAK | 14 Februari 2016 2:36 AM
2 0
Google +0
TUNKU
Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memeluk ketua pasukan JDT Safiq
Rahim ketika meraikan kejayaan memenangi perlawanan sumbangsih semalam.
KUALA
LUMPUR - Penjaga gol Mohd. Farizal Marlias menjadi wira Johor Darul Ta’zim
apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti untuk membantu juara Liga Super itu
mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah setelah menewaskan Selangor 7-6 dalam
perlawanan sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam.
Kedua-dua
pasukan sebelum itu terikat 1-1 selepas Selangor menyamakan kedudukan pada
minit ke-60 menerusi jaringan Hafiz Kamal setelah pemain tengah Hariss Harun
meletakkan tuan rumah di depan hasil tandukan pada minit ke-45.
Perlawanan
terpaksa diheret ke sepakan penalti penentuan yang menyaksikan Farizal menepis
tendangan Mauro Olivi, R. Gopinathan dan Mohd. Azrif Nasrulhaq.
Kedua-dua
pasukan bagaimanapun berkongsi satu mata kerana perlawanan itu turut
dijadualkan sebagai perlawanan pembuka tirai Liga Super musim ini.
Sementara
itu, jaringan pada penghujung permainan oleh penyerang dari Argentina, German
Pacheco berjaya menyelamatkan maruah Pahang yang seri 2-2 ketika bertemu
Terengganu FC II (TFCII) di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Pahang
lebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-20 menerusi jaringan Dalibor
Volas, tetapi kelebihan mereka tidak bertahan lama apabila Muhd. Safawi Rasid
menyamakan kedudukan pada minit ke-71.
Berpunca
daripada kesilapan penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin memberi peluang kepada
skuad The Titans untuk mendahului hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan pada minit
ke-88 tetapi Pacheco berjaya menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki
seminit.
Felda
United, yang kali pertama beraksi di gelanggang rasmi baharu mereka, mengutip
tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan juara Liga Perdana pada musim lalu
Kedah 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Skuad
kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagaimanapun terpaksa menanti hingga perlawanan
memasuki babak kedua untuk merobek gawang lawan menerusi jaringan Lutfulla
Turaev pada minit ke-65 dan selang empat minit kemudian penyerang dari Liberia,
Zah Rahan Krangar meledak gol kemenangan.
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) turut meraih tiga mata apabila menang tipis 1-0 ke atas
Sarawak di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil jaringan penyerang Maldives, Asfaq
Ali pada minit ke-76.
Terengganu
pula memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila berjaya
menewaskan satu lagi pendatang baharu Liga Super, Pulau Pinang 1-0 di Stadium
Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Jaringan
tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang Argentina, Gustavo Lopez pada
minit ke-24 apabila sepakan leretnya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga
gol skuad Harimau Kumbang, Sani Anuar Kamsani.
Tuan
rumah turut memperoleh peluang untuk menambah jaringan bagaimanapun Issey
Nakajima gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Di
Stadium Perak, Ipoh, skuad tuan rumah Bos Gaurus dan Kelantan terpaksa berpuas
hati berkongsi satu mata apabila menamatkan perlawanan tanpa jaringan.
-
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/farizal-jadi-hero-jdt-1.190165#sthash.OqdMFeYr.dpuf
No comments:
Post a Comment