Ad

Monday, 29 February 2016

DRB-Hicom FC belasah UiTM FC 4-1

ISNIN, 29 FEBRUARI 2016 @ 7:07 PM
Oleh Syafiq Aznan bhsukan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: DRB Hicom FC melaungkan amaran yang mereka mampu menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana, musim ini selepas mudah membelasah pendahulu liga, UiTM FC 4-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Proton City, Tanjung Malim, sebentar tadi. Penyerang import Croatia, Ivan Babic, muncul pemusnah buat The Great Bees selepas meledak hatrik, sekali gus menyaksikan UiTM FC, yang dibimbing Raja Isa Raja Akram Shah itu tewas buat kali pertama musim ini.


Berkelebihan di tempat sendiri, DRB Hicom FC mendahului perlawanan pada minit ke-25 menerusi jaringan Phillip Lund, yang menyudahkan hantaran Nazri Kamal sebelum Ivan menggandakan kelebihan buat tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 selepas bola terkena tangan pemain pelawat di dalam kotak penalti. The Lions Troops terus derita apabila Ivan meledak gol kedua peribadinya dan juga gol ketiga buat DRB Hicom selepas menyudahkan hantaran lintang daripada Nazri Kamal pada minit ke-40. Lima minit babak kedua bersambung, DRB Hicom FC terus garang apabila Ivan menyempurnakan hatriknya pada minit ke-50 sebelum penyerang import UiTM FC, Pavel Purishkin, berjaya meledak gol saguhati buat pasukannya pada minit ke-70.

No comments:

Post a Comment