JUMAAT,
12 FEBRUARI 2016 @ 11:39 PM
Oleh
Rizar Mohd Noor, Mohd Amin JalildanNazri Abu Bakar dan Hafizudin Mohd Safar
bhsukan@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Pasukan Perlis, Kuala Lumpur dan DRB HICOM
membuka kempen Liga Perdana musim ini dengan langkah kanan selepas menundukkan
lawan masing-masing, malam tadi. Berakhir lima perlawanan, skuad Singa Utara
pasti paling gembira untuk menghuni tangga teratas liga selepas mencatat
kemenangan dengan jaringan paling besar apabila membelasah Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) 6-1.
Beraksi
di Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis yang juga pendatang baharu di Liga Perdana
menyumbat enam gol pada separuh masa pertama menerusi penyerang import, Obinna
Nwaneri seawal minit ketiga, sebelum pesta jaringan dimulakan. Bermula dengan
jaringan kedua oleh Mohd Alafi (m-9), seorang lagi pemain import, Vincent Kayne
menampilkan taringnya dengan meledak dua gol (m-19 dan m-36) diikuti Afiff
Amiruddin (m-30) dan Sadam Hashim (m-45). ATM hanya membalasnya dengan satu gol
menerusi Mohd Zaironi pada babak kedua.
Di
Stadium Hang Jebat, Melaka, PKNS FC yang juga tuan rumah tumbang kepada Kuala
Lumpur 1-0 dengan gol tunggal dijaringkan pemain import, Anselmo Da Salva pada
minit ke-65. Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Darul Ta'zim
(JDT II) gagal memanfaat aksi di gelanggang sendiri apabila tumbang 1-3 kepada
DRB-Hicom. Ketinggalan 2-1 berakhir babak pertama, kebangkitan yang diharapkan
JDT II tidak kesampaian apabila DRB Hicom menambah gol ketiga pada minit ke-78
menerusi Kim Jin Ryong. Membuka tirai jaringan Muhammad Nazri Kamal pada minit
ke-12, JDT II menyamakan kedudukan menerusi Shahril Ishak pada minit ke-27
sebelum Ivan Babic kembali meletakkan pelawat di depan pada minit ke-33. Di Stadium
MP Selayang, Sime Darby yang juga tuan rumah terpaksa berpuas hati berkongsi
satu mata apabila seri 2-2 menentang Melaka.
Di
Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan juga gagal memanfaat aksi di laman
sendiri apabila sekadar mengutip satu mata apabila diikat Kuantan FA 1-1. Pada
aksi lebih awal petang tadi, UiTM FC membuka kempen Liga Perdana musim ini
dengan bergaya apabila mudah menundukkan Sabah, 4-1 di laman sendiri, Stadium
Shah Alam. Pemain import UiTM dari Uzbekistan, Pavel Purishkin muncul wira
apabila meledak hatrik buat pasukan dengan satu lagi gol dijaringkan seorang
lagi pemain import, Eliel da Cruz. Gol tunggal Sabah dijaringkan Prince Nnake
menyamakan kedudukan lima minit selepas babak kedua bersambung.
Berikut keputusan penuh perlawanan pertama
Liga Perdana 2016:
UiTM
FC 4 SABAH 1
PERLIS
6 ATM 1
PKNS
FC 0 KL 1
JDT
II 1 DRB HICOM 3
NEGERI
SEMBILAN 1 KUANTAN FA 1
SIME
DARBY 2 MELAKA 2
PEMAIN
JDT II, Paulo Rangel (dua dari kiri) di asak pemain DRB HICOM, Godwin Antwi
Birrago pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir
Gudang, Johor Bahru, malam tadi. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/123862
No comments:
Post a Comment