SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 8:26
PM
Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my
PAUS yang tersangkut pada
lumpur ketika air surut di Pantai Rambah, dekat Pontian, semalam. - Foto ihsan
pembaca BATU PAHAT: Paus yang tersangkut pada lumpur ketika air surut di Pantai
Rambah, dekat Pontian, semalam ditemui mati selepas terdampar di Sungai Sarang
Buaya, berhampiran Semerah, dekat sini, petang tadi. Bangkai paus dianggar
sepanjang 9.14 meter itu ditemui nelayan dan penduduk berhampiran kira-kira jam
4.30 petang tadi. Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Muhammad Zulkarnain Abdullah,
berkata empat anggota APMM dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan bot peronda
sebaik dimaklumkan. "Setibanya di lokasi kejadian, paus berkenaan didapati
tersangkut di beting lumpur kawasan muara Sungai Sarang Buaya.
"Ketika ditemui, paus
berkenaan masih hidup. Anggota APMM dan 15 nelayan cuba membantu menariknya
semula ke tengah laut. "Namun, kira-kira satu jam setengah kemudian ketika
operasi menyelamat sedang dijalankan, paus berkenaan didapati sudah mati akibat
kekurangan air," katanya.
Beliau berkata, tindakan
selanjutnya akan dilakukan esok berikutan keadaan semakin gelap petang ini.
Petang semalam, paus berkenaan ditemui tersangkut pada lumpur ketika air surut
di Pantai Rambah, Pontian, dekat sini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah
hari itu, kehadiran ikan paus berkenaan disedari orang awam yang berkunjung ke
taman rekreasi berhampiran pantai berkenaan.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/122796
No comments:
Post a Comment