Ad

Monday, 29 February 2016

Wenger cabar Arsenal bangkit selepas tunduk kepada United

ISNIN, 29 FEBRUARI 2016 @ 6:26 PM 

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger. - Foto Reuters MANCHESTER: Arsene Wenger mencabar Arsenal bangkit dalam perlawanan penting minggu ini selepas menyaksikan pasukannya melepaskan peluang keemasan bagi merapatkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris apabila tewas 3-2 di Manchester United, malam tadi. Arsenal yang memburu kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 12 tahun berjuang untuk kekal dua mata di belakang pendahulu Leicester City menjelang perlawanan menentang Swansea, Rabu ini dan kunjungan penting ke Tottenham pada Sabtu.

Tetapi kekalahan di Old Trafford kepada United yang sekali lagi menyaksikan dua gol daripada penyerang muda Marcus Rashford meninggalkan tanda tanya penting terhadap keupayaan Arsenal untuk merangkul kejuaraan. "Kami sudah kehilangan tiga mata," kata Wenger. "Anda perlu menunjukkan peningkatan dan memberi segala-galanya yang terbaik dalam permainan seterusnya. "Semua perkara boleh berubah dengan cepat, tetapi hanya jika anda terus berusaha dan yakin. "Kami berada dalam perjuangan yang mana kami boleh menunjukkan watak yang hebat, mentaliti yang hebat dan bangkit pada Rabu (menentang Swansea). Itulah apa yang kami perlu lakukan.

 "Pemain yang mengejutkan bagi saya adalah Rashford, masa dan pergerakannya sangat hebat. Dia boleh menjadi kejutan yang sangat positif untuk Manchester United. "Kami bergelut untuk bangkit kerana mereka bertahan dengan baik dan saya akan menganalisis permainan sekali lagi untuk melihat puncanya." - AFP


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/129318

No comments:

Post a Comment