Ad

Tuesday 2 February 2016

JDT tumpas kepada Muangthong United

SELASA, 2 FEBRUARI 2016 @ 11:44 PM

KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke saingan utama Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, berkubur selepas tewas kepada Muangthong United FC di Nonthaburi, Thailand, sebentar tadi. Pasukan bimbingan Mario Gomez itu tewas 3-0 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar dan 30 minit masa tambahan selepas itu. Pada aksi pusingan kedua kelayakan ACL di Stadium Thunderdome itu, menyaksikan tiga pemain import JDT - Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun - gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing. Pasukan tuan rumah memastikan kemaraan mereka ke pusingan ketiga selepas S Yooyen menyempurnakan sepakan ketiga selepas dua rakannya, Cleiton Silva dan P Notchaiya turut berjaya berbuat demikian sebelum itu.


SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/120549

No comments:

Post a Comment