Oleh WAN NOR
ZURAIHAH WAN ALI
BARISAN pemain
skuad Johor DT sudah bersedia untuk meratah Ayeyawady United pada aksi pembuka
tirai Piala AFC 2016 peringkat Kumpulan H di Larkin malam ini.
SUASANA serta
saingan pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini adalah
berbeza.
Justeru, tiada
pasukan boleh dilabel sebagai pilihan.
Demikian tegas
pengendali Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez menjelang pertemuan
dengan kelab Myanmar, Ayeyawady United pada aksi pembuka tirai peringkat
Kumpulan H Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos Larkin, Johor
Bahru malam ini.
Meskipun Johor
DT boleh berbangga dengan status yang diraih mereka sebagai juara Piala AFC
musim lalu, namun Gomez enggan melihat anak-anak buahnya terus terbuai dengan
gelaran tersebut kerana ia boleh memakan diri sendiri.
Sebaliknya,
beliau mengingatkan anak-anak didiknya untuk tampil dengan satu semangat
baharu.
“Sudah tentu
kami mahukan kemenangan. Musim lalu, Johor DT menang 5-0 ke atas Ayeyawady
United tetapi pertemuan kali ini adalah berbeza dan pasukan kita juga adalah
berbeza.
“Kita ada
melihat beberapa video perlawanan pasukan lawan dan mereka kini mempunyai
khidmat seorang lagi penyerang baharu dari Nigeria selain dua pemain tengah
yang hebat,” kata Gomez pada sidang akhbar di Larkin semalam.
Tambah
jurulatih kelahiran Argentina itu lagi, buat masa ini moral kesemua pemain
berada pada tahap yang terbaik terutama selepas menjulang Piala Sumbangsih
baru-baru ini.
Jelasnya,
beliau optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk menewaskan pasukan
pelawat nanti.
“Kita mempunyai
semangat yang tinggi dan buat masa ini kita sudah menunjukkan peningkatan dan
sudah pasti keutamaan adalah untuk meraih kemenangan pada perlawanan esok
(malam ini).
“Saya mempunyai
keyakinan yang tinggi dengan kemampuan para pemain dan saya tidak melihat
sebarang tekanan biarpun turun sebagai juara bertahan,” jelasnya.
Sementara itu,
kapten pasukan, Safiq Rahim berjanji memberikan aksi terbaik sekiranya
diturunkan malam ini selain bertekad untuk menggunakan sepenuhnya kelebihan
beraksi di laman sendiri bagi mengutip tiga mata berharga.
“Insya-Allah
kalau diberi tugas dan kepercayaan oleh jurulatih untuk bermain esok (malam
ini), saya akan memberikan yang terbaik dan seperti biasa saya mahukan sokongan
daripada semua rakan sepasukan.
“Ayeyawady
adalah sebuah pasukan yang hebat. Walaupun kita menang selesa ke atas mereka
pada musim lepas, kita tak boleh memandang rendah kemampuan mereka kerana
perlawanan yang lalu adalah berbeza dan sudah menjadi satu sejarah,” ujar
Safiq.
Dalam pada itu,
ketua jurulatih Ayeyawady United, Kyaw Lwin juga menyatakan bahawa skuad
kendaliannya itu telah bersedia sepenuhnya untuk menentang juara bertahan
tersebut.
“Dari segi
persembahan pasukan, semangat yang ditunjukkan oleh para pemain adalah lebih
bagus berbanding tahun lalu. Kita juga telah mengharungi sejumlah perlawanan
pada peringkat tempatan yang dilihat cukup sebagai persediaan bagi menempuh
aksi kali ini,” kata Kyaw Lwin.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4142oHsl9
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment