Para
pemain Liverpool meraikan kemenangan terbesar mereka musim ini selepas
menewaskan Villa 6-0 pada aksi yang berlangsung di Villa Park kelmarin.
LONDON
– Selepas berjaya membelasah Aston Villa 6-0 di Villa Park kelmarin, pengendali
Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan besar The Reds sebagai suntikan
semangat bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana England musim ini.
Pada
perlawanan tersebut, penyerang sensasi, Daniel Sturridge membuka tirai jaringan
pada minit ke-16. Sembilan minit kemudian, James Milner menambah gol kedua buat
Liverpool sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung
babak kedua perlawanan, Aston Villa terus kaku apabila skuad kendalian Kloop
terus rancak melakukan sera–ngan bertali arus apabila berjaya meledak empat
lagi gol menerusi Emre Can, Divock Origi, Nathaniel Clyne dan Kolo Toure.
“Kami
tahu betapa penting perlawanan ini dan Aston Villa juga sedar mereka perlu
mencari kemenangan pada aksi ini untuk menyelamatkan kedudukan.
“Ini
bukan tugas yang mudah tetapi kami berjaya menghasilkan jaringan awal pada
separuh masa pertama. Dua gol tersebut membuatkan kita semakin selesa untuk
mencari gol tambahan pada masa kedua perlawanan.
“Kami
menang 6-0. Ia sangat jarang berlaku dalam kehidupan pengurus, jadi anda harus
simpannya untuk hari yang buruk. Permainan dan keputusan yang baik untuk liga
dan perbezaan gol, jadi semuanya nampak baik,” jelas Klopp.
Tambahnya,
kepulangan Sturridge ke pangkuan skuad memberi suntikan sema–ngat dan jaringan
awal memberi kelebihan kepada pasukan ini untuk bangkit dalam perlawanan ini.
“Sudah
tentu dan saya bangga dengan jaringan daripada Sturridge dan dia juga perlukan
gol. Bagi saya, dia bukan hanya sekadar penyerang yang boleh menjaringkan gol
tetapi bagaimana corak permai–nannya dengan rakan-rakan dan gerakan yang
dilakukannya,” ujarnya. – Agensi
sumberArtikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz40GWTo2vj
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment