22 Februari
2016 6:32 PM
KUALA
TERENGGANU 22 Feb. - Ekoran segala perancangan bagaikan tidak menjadi yang
mengakibatkan skuad Penyu tersingkir awal dalam kempen Piala FA musim ini
dengan aksi longlai, pengurus pasukan, Marzuki Sulong meletakkan jawatan hari
ini.
Presiden
Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid yang
mengesahkan perkembangan terbaharu itu memberitahu, beliau akan memangku
sementara jawatan sebelum mendapatkan pengganti.
Namun begitu,
Marzuki masih kekal sebagai Timbalan Presiden PBSNT, jawatan yang dimenangi
dalam Kongres Tahunan Luar Biasa PBSNT 2013 lalu.
Rombakan juga
terpaksa dilakukan apabila Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof direhatkan dalam tiga
perlawanan akan datang dengan jurulatih taktikal Mike Mulvey dilantik sebagai
jurulatih sementara.
Menteri Besar,
Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebelum ini menyatakan rasa kecewa dengan
prestasi yang diperlihatkan skuad penyu dan Terengganu FC II pada awal musim.
Kalangan
penyokong pula mendesak jurulatih dan pihak pengurusan dirombak setelah piala
awal yang disasarkan sudah terlepas dengan kekalahan skuad penyu yang dianggap
memalukan semasa berdepan pasukan Liga Perdana PKNS. - UTUSAN ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pengurus-letak-jawatan-jurulatih-direhatkan-1.193285#sthash.2zUzPzqm.dpuf
No comments:
Post a Comment