Ad

Tuesday 9 February 2016

Viral gambar taring harimau bunting

Oleh SHAWKATH AZDE dan EZZUAN AHMAD
 
Satu daripada gigi taring harimau ini dikatakan telah hilang diambil oleh pihak tidak dikenali.

KUALA TERENGGANU – Sekeping gambar memaparkan tindakan individu dipercayai sedang mengeluarkan gigi taring daripada bangkai seekor harimau betina mula viral dalam laman sosial Facebook sejak kelmarin.

Haiwan ber­kenaan mati akibat dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Sabtu lalu di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh di Kemaman.

Gambar itu yang me­ngandungi rangkuman kombinasi tiga keping gambar kecil iaitu tiga individu sedang berdiri melihat bangkai harimau itu.

Gambar kedua pula menunjukkan seorang lelaki sedang mencangkung di hadapan kepala mamalia memegang sejenis alat seperti tukul dan alat lain berdekatan bangkai haiwan itu.

Gambar kecil ketiga pula mempamerkan seolah-olah usaha seseorang yang cuba membelek atau mengeluarkan sesuatu daripada mulut haiwan itu dengan menggunakan dua alatan berkenaan.

Gambar itu dipercayai mula viral sejak pagi kelmarin dan sudah dikongsi kira-kira 80 kali oleh pengguna di laman Facebook sehingga pukul 1 petang kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3zg3aMWYJ Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment