Kerajaan Abbasiyah telah muncul
sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu Jaafar
al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan
Khalifah al-Makmum.
Pada abad ke 11 hingga 13M,
kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama
berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu
wazir Nizam al-Mulk.
Nizam al-Mulk bertanggungiawab
membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Lima bidang keilmuan
diajar di Madrasah Nizamiyah .al-Quran,hadis, fiqh dan bahasa Arab.
Galakan pemerintah terhadap perkembangan
ilmu merahirkan ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu naqli seperti az-Zamakhsyri
(tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir dantasawuf) dan Imam al-Ghazali
(teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti Ibn al-Haytham dan Ibnu Sina
(perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan Nasaruddin at-Thusi (astronomi).
Antara faktor kemajuan ilmu naqli dan
aqli zamanAbbasiyah ialah faktor dalaman umat Islam. Faktor dalaman ialah semangat
keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya pelbagai pusat
kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir umat Islam.
Manakala antara faktor luaran umat Islam
ialah tradisi keilmuan wilayah Parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi
terhadap budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan karya
asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran rasional-analisis).
Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) pula
ialah ilmu al-quran - tafsir dan qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks
(Tafsir bil Ma'tsur) dan pada kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i,
Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu
akidah, akhlak dan syariat (ibadat, muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan
karyany a, al_Khosysyaf
Perkembangan ilmu seterusnya ialah
Sunnah atau hadis .Antara disiplin ilmu
ini ialah ilmu hadis, sanad, Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis
- Zamakhsyari dan karyanya al-Faiq.
Perkembangan ilmu seterusna ialah ilmu
kalam iaitu pemikiran ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan
berfikir secara rasional sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada
dalil agama tetapi telah mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma.
Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan
tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury dengan karyanya RisaIatul Qusyairiyah
Perkembangan ilmu aqli juga berkembang
pesat pada zaman Abbasiyah. Ilmu pertama ialah falsafah. Falsafah ialah induk
kepada ilmu aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu
lain. Zaman Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi
dan Yunani. Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al –FaIasifah.
Perkembangan ilmu seterusna ialah Seni
sastera. Antara tokoh dalam bidang ini ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan
karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.
Ilmu Perubatan juga turut berkembang pada zaman Abbasiyah. Perkembangan ilmu kedoktoran
zaman Abbasiyah mengalami tiga peringkat. Zaman permulaan, kemajuan dan kemunduran.
Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab al-Kimya),Ikhwan
as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn al-Hayth am (Kitab al
Manazir dan Risalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun FiTibb).
Astronomi juga turut berkembang pada zaman
ini. Antara tokohnya ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain
Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu Wafa' -pakar trogonometri.
Bidang ilmu aqli seterusnya
ialah Matematik. Antara tokohnya ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang
algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa alMuqabila). Dalam bidang geometri pula, beliau
banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan
selari.
Kesimpulannya kerajaan Bani Abbasiyah telah
telah berjaya meningkatkan perkembang ilmu aqli dan naqli antara abad ke-11
hingga ke-13M. Para sarjana Islam telah banyak menguasai bidang ilmu seperti bidang
ilmu naqli seperti tafsir.teologi,tafsir,
tasawuf teologi dan falsafah dan ilmu aqli seperti perubatan,matematik dan astronomi.
No comments:
Post a Comment