Pada hari ini 12.4.1956,
pengganas-pengganas komunis telah meletupkan landasan keretapi di Tapah, Perak.
Ini menyebabkan kegelinciran keretapi yang dahsyat dalam sejarah Darurat.
Letupan itu telah menyebabkan kepala keretapi dan 8 buah gerabak barang-barang
tergelincir dari landasannya. Pihak komunis telah menggunakan dinamit untuk
meletupkan 150 kaki landasan keretapi itu. Walau bagaimanapun, tidak ada nyawa
yang terkorban, hanya 3 orang mendapat kecederaan. Kerugian kepada pihak
Kerajaan telah dianggarkan lebih dari RM 100,000. Pengganas komunis telah
melakukan berbagai kerosakan, keganasan dan kacau bilau sepanjang tempoh
darurat 1948-1960. Walaupun begitu perjuangan mereka tidak mendapat tempat di
hati rakyat negara ini.
Sumber- http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment