Kuala
Lumpur: Ketika prestasi Harimau Malaysia masih tidak menentu, Setiausaha Agung
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin masih meletakkan
kepercayaan penuh kepada anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk layak beraksi di
Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menjuarai Piala AFF hujung
tahun ini.
Beliau
berkata, hajat besar itu hanya boleh dicapai jika pemain kebangsaan mampu
memberikan aksi maksimum mereka dalam dua kejohanan berkenaan.
“Pada
pandangan saya, pasukan kita jika boleh beraksi di tahap maksimum tidak
mustahil boleh menjadi juara Piala AFF. Selain itu, tidak mustahil juga kita
boleh layak ke pusingan akhir Piala Asia di UAE.
“Kalau betul
‘ramuannya’ dan semua pihak membantu skuad kebangsaan, saya percaya pasukan ini
mampu pergi jauh. Kalau nak layak ke Piala Dunia, tahap pasukan ini belum
sampai.
“Tapi
sekurang-kurangnya kita sudah buktikan sebelum ini kita hanya kalah dengan
Thailand di gelanggang lawan dan menang di sini (Piala AFF 2014).
“Maknanya
walaupun Thailand, Vietnam berada di ranking lebih tinggi tapi kita tetap ada
kemampuan tersendiri,” kata Hamidin semalam.
Tahun ini,
Harimau Malaysia masih belum mempamerkan aksi meyakinkan apabila tumpas 0-2 di
tangan Arab Saudi pada pusingan kelayakan serta seri 0-0 dengan pasukan kerdil
Macau bulan lalu.
Lebih
memeritkan ranking Malaysia awal bulan ini mencatat rekod terburuk apabila
merosot ke tangga 174 dunia.
Beberapa
langkah sudah dirangka bukan saja untuk memantapkan pasukan kebangsaan malah
memperbaiki ranking itu dengan mengatur sekurang-kurangnya 11 perlawanan
persahabatan kelas A selepas ini tidak termasuk aksi play-off kelayakan Piala
Asia 2019 dengan Timor Leste pada 2 dan 7 Jun depan.
Antara aksi
persahabatan yang sudah disahkan setakat ini adalah menentang Myanmar di Yangon
pada 28 Mei, Jelajah Ocenia menentang Papua New Guinea (17 Jun), New Caledonia
(22 Jun) dan Fiji (26 Jun) serta Singapura (1 September) di laman sendiri.
Artikel ini
disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 8:50 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/130627#sthash.q6JMjDBg.dpuf
No comments:
Post a Comment